anak gajah..

my herbalife updates chaiyorkkk!



8.3.11 - 31.3.11 = 79.3kg - 76kg = lost 3.3kg


1.4.11~ 30.4.11 =75.7kg - 76.2kg = gain 5g




9.5.11 : 76.3kg






WeLcOme..

Nak cari apa..

Tuesday, December 28, 2010

Ya salam..

Takde keje sgt so main2 tuka baju blog.

Harini aku sampai pis kul 730. Sampai2 opis kunci. Dem.

Nasib swap machine kat luar.

Bila pintu dah bukak, laju2 letak beg kat meja, laju2 gi kantin li breakfast. Makan meehun + paru + nes tarik. Tapau mkn kat meja. Owh heaven. Malam semalam tak mkn, cuma jamah goreng pisang jek.

Sekarang ni cuaca memang sejuk eh? Atau aku dah duk apartment ni tetiba aku rasa sejuk memanjang.

Rumah tak abis kemas lagi. Tapi sesi melipat kain baju dah 90% siap tunggu baju papa je. Biar dia lipat sendiri. Mak malas sikit nak melipat baju ni.

Dapurku, masyaallah takleh nak cakap. Kalau ada anak gajah, aku rasa muat dia nak nyorok kat blakang2 plastik2 penuh isi barang tuh. Adeh.

Tapi aku akan pastikan minggu ni aku clearwater kan umah aku yg mcm tongkah pecah.

Hmm.. apa yg aku perasan, bila aku ambik heavy breakfast mesti perut aku terberry dengan lancarnya... *senyum*

Oh ya besok Adam ada appoinment doc. Aku tak dapat teman so laki aku pegi ngan adik dia.... *sedih*

Malam tadi jugak aku ngamuk ngan Adam pasal dia susah nak tido. Aku picit2 idung dia kuat2. So dia pun melalak dengan kuat. Huauahahah.. aku suka.. giler kejam aku..

Thats all for now. Adios.


p/s : Pagi tadi aku lupa nak pakai dedorant nak cepatnye pasal. Sib baik ada spare perfume dalam kete, apa lagi sembur jgn tak sembur. Pastu baru tadi laki aku kol aku dia kata dia pun lupa pakai dedorant. Hmmm... adakah anda juga lupa pakai pewangi ketiak? *tepuk dahi*

Sunday, December 26, 2010

~akumengantuk~

Today is monday. Monday is Isnin..

Apalah aku merepek ni. Sebenarnya aku sgtlah mamai sebab sabtu n semalam sangattt sibukk pindah rumah baru.

Dan pagi tadi kete aku kena clam. Bodo. Terbang RM50. Aku tau dalam hati laki aku dia gelakkan aku sampai sesak napas. Tulah aku jugak yg keras kepala takmo dengar cakap laki. Dosa. Padan muko den.

Nanti2 sambung. Zzz.. eh tak boleh. Keje.

Wednesday, December 22, 2010

Info

Mungkin ada yang dah tahu pasal info ni. Tapi aku saja nak flushkan memory u olls... Renung2kan ye...

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan
istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya,
istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur
"Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan
"Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan
"Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut
Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah
berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia,
mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah
mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang
bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian
pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka,
kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat
Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai
"Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada
"menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun
untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh,"
kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya


Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah
hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai
kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati
dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

Good Mowning..

Mon


Salam. Selamat pagi. Dah breakfast ke korang? Harini aku sampai pis awal. Mendung je hari. Hujan lak tu. Nasib tak jem. Berapa kali ntah aku nguap masa drive..

Sampai ofis je perkara wajib buat nes o kawww dulu. Dulu sebelum bersalinkan Adam, aku tak minat sgt nes o ni.. sekarang ni dah addicted lak. Kat umah takde nescafe so terkebil2 la mata... Laki aku lak suka tea o. Boleh 1 teko tu dia abiskan.. Takpe, tea bagus untuk kesihatan..

Harini sepatutnya aku dapat kunci umah baru. Tapi SEPATUTNYA aku dapat awal disember aritu. Tapi owner gi oversea lak bercuti. Haih.. lawyer aku dah kebas telinga agaknya kena sound ngan aku suh call owner tu. Padan muka Kesian dia.

Hmm nak cat umah kaler apa eh.. pening.. apapun kita layan dulu nes o panas..




Surrpppppp.... ahHHHHHHH......




Tuesday, December 21, 2010

Tukar baju la pulak..

Ye betul kengkawan semua makcik ni nak tukarler gambar heading kat atas tu ha.. amik ko bapak besau yang keluar.. Aku pun terkejut bila click view blog tadi. Tapi takpelah, tu gambar ala2 klasik. Background lak aku tukar ala2 lampu2 yg kabur, aww romantik gitew.

Aku nak kuruskan badan lah (aik tetiba tukar topik lak)... Bukan apa ramai dah tegur aku bila aku start keje aritu. Ada yg kata,

---- 'aik, dah beranak ke lum?' (Nak je aku jawap, lum lah ada sebulan lagi nak tunggu due date.. leh tak?

---- 'aku ingat ko masuk keje slim, dah terbayang2 rina masuk ofis nanti mesti cun melecun pasal dah kurus' (Yang ni nak je aku jawap, takpela... badan aku.. beras byk kat umah aku, sayang tak mkn nanti expired..)


Apapun terima kasih diatas teguran2 kalian.. Membuatkan aku  kena gastrik  semangat nak kuruskan badan. Sekarang aku dah dapat cover makan berat. Pagi2 sampai ofis, buat air nes o panas cicah ngan biskut/roti suda...

Macamana eh nak kurus.. adeh..

Sunday, December 19, 2010

gastrik.. pergilah ko jauh2..

Harini kena gastrik lagi..
rasa nak pengsan..
nasib stok ubat ada lagi..
sms papa dia buat derk je, taulah sibuk gi putrajaya..
takpe2...
:(

Friday, December 17, 2010

Salam kembali

Salam semua.

Apakhabar semua....

Aku telahpun selamat melahirkan baby boy pada 25 Oktober 2010 pada jam 3.30 petang secara c-zer dan baby adalah seberat 3.9 kg (besar ek).. Adam Muhammady nama diberi. Nama Adam aku cari, yang Muhammady tu laki aku mintak pendapat ustaz tempat dia mengaji. Takpe aku tak kisah, janji nama Adam ada.

Pengalaman mengandung/bersalin kali ni bagi aku amat2 memeritkan. Tak tau lah nape.. mungkin sebab perut aku tersangat besar sampai aku tak larat giler nak berjalan, bangun dari duduk, tak boleh tido.. bagi aku amat terseksa dan sebab itulah juga aku diarah doc untuk minta cuti awal demi untuk kesihatan aku dan Adam. Air ketuban aku  banyak, jadi doc takut anytime leh pecah dan takut tali pusat terbelit.

Aku admit ward selama 2 minggu.. tak penah aku tenggek lama2 kat spital, giler boring. Sian kat laki aku kena berulang alik nak lawat aku. Kesian lagi si Amira. Kejap dia tido umah mami, kejap tido umah wan dia, sib dia dah big girl. Nasib juga ada laki aku yg dapat menjaga Amira yang sangat2 notty tu even dia bukanlah papa kandung Amira.. (tetiba syahdu pulak)..

Ok sambung.. Hari bersalin tu, aku tak tau kul bapa nak masuk bilik OT, so pagi tu aku mandi siap2, wangi2 pakai bedak semua... dalam kul 2 ptg camtu aku tertido.. tak lama pastu misi kejut aku cakap nak masuk bilik OT dah.. aku masa tu mamai aku angguk je... masa tu tak takut sgt pun. Pastu misi masukkan tiub tuk kencing kat tuuuttt aku .. Gilerrrr sakittttt... adoi...adoi (dalam hati). Hehe

Pastu dah tukar baju segala aku di usung ke bilik OT, pergghh masa ni giler takut. Ohya sebelum tu sempat aku kol laki aku cakap nak gi bilik OT dah.. 

Sebelum masuk bilik OT aku ditanya oleh beberapa misi for confirmation, nama aku , umur, ic no etc.. aku jawap jelah.. Then, diorang usung masuk bilik OT.. Aku rasa kalau muka aku kena toreh ngan pisau sure darah tak kuar pasal takut+sejuk+ingat nak mati..  Then aku diperkenalkan dengan doc2 pakar..

Memang betul orang kata mcm citer kat tv tu, macam emergency kes tu kan... aku tak taulah berapa puluh nurse + doc dalam bilik OT tu, aku di angkat transfer ke katil OT. Then aku kena peluk bantal membongkok sebab doc nak cucuk ubat bius.. Aku rasa ada 5 kali dia cucuk pasal tak jumpa urat apa ntah. Doc tu siap cakap aku bagus sebab tak jerit2 sakit, relakss je kena cucuk. Ada patient jerit2 mcm kena tumbuk. Aku tak kisah ko nak cucuk ko cucuk lahhhh. Tapi tuutttttttt aku yang kena masuk tiub kencing tu lagi sakit aku rasa. Ok fine, pas cucuk bius, aku baring then misi test badan aku dah kebas ke lum. Masa tu aku cam dah mamai2.

Operation pun bermula, aku rasa best je sebab tak rasa apa2 rasa warm je. Aku dengar air menitik2, misi kata tu air ketuban aku banyak dalam 3 ltr kena kuarkan.. Patutlahhh berattt masa ngandung dulu.. tak sampai 10 minit aku dengar Adam nangis. Alhamdulillah, misi tunjuk Adam kat aku, sempat aku kiss dia.

15 minit kemudian aku kena tolak masuk wad balik. Laki aku dah stanby kat luar bilik OT. Dia cakap baby masuk NICU. Im like what?? Tapi aku dah dapat agakpun sebab masa ngandung doc cakap mungkin Adam ada masalah.

Hari kedua aku gi tgk adam kat NICU, kiranya pertama kali aku nak gerak after operate, Ya Rabbi... sakit nak mam.. Aku rasa mcm perut aku kena cucuk2 ngan pisau tajam. Aku rasa mcm nak mati dah masa tu.. Nak kencing jgn cakaplah.. pedihh.. Aku rela bersalin normal dari operate.. 

Ok ni part paling aku tak suka/sedih nak cerita. Pastu aku gi bilik NICU tgk Adam. Aku tergamam. Speechless. Aku tgk napa Adam muka dia tak mcm baby normal. Tak taulah nak explain.. Doc kata Adam disyaki/posible ada syndrom. Nama syndrom tu, BECKWITH WIDEMAN. Korang pernah dengar? aku pun lagi lah tak pernah. Syndrom ni akan akibatkan Adam mungkin lemah dari segi pelajaran, etc.. So, masa tu aku DOWN giler. Dah la sakit perut dek operate tambah lagi berita yg menyedihkan. So, selama sebulan aku murung. Kawan2 call pun aku tak jawap. Ntahlah. Aku sedih. Kecewa.

Adam duk spital dalam 2 minggu lebih. Hari2 cucuk amik darah. Naik lebam tangan budak tu. Kena hantar kromosom la, air kencing la, ntah hapa2 ntah kat lab. Dan aku pun terpaksa berulang nak supply susu. Bila dah boleh balik.. im so happy. Amira lagilah suka..

Alhamdulillah, sekarang aku dah dapat terima kenyataan. Laki aku n family bagi aku support. Apapun, Adam belum confirm lagi dapat syndrom tu. Aku harap, dia normal.. Pada kawan2 jugak, aku ucapkan terima kasih atas doa kalian.

Gambar Adam nanti aku upload later ye.. Maklumlah mak baru masuk keje ni sibuk sikit...

p/s : Berat badan aku naik mendadak.. gila dow...

Monday, October 4, 2010

Dup Dap..

37 weeks

Harini genap 37 minggu, harini juga aku baru start keje setelah mc yg lama... Minggu lepas mc seminggu pasal aku admit di hosp. disebabkan oleh heartbeat baby lemah, doc pakar, dr NoorSham jangkakan aku akan bersalin secara czer pada usia kandunganku 36 wks. Aku berdebar jugak. Bila diarahkan ke hosp slayang bagi monitor jantung baby, alhamdulillah dah ok but aku still kena monitor tu pasal aku kena warded. *sigh*...
Besok aku cek lagi, jgnlah lagi kena admit. Beg baby n beg baju aku semua dah siap pack. Giler suspen..


Tuesday, August 31, 2010

32 weeks

32 weeks

Saja2 la kan nak test tgk muka aku ni market lagi ke tak.. almaklumlah dah makin kembang. Cepatkan dah 32 wks. Tapi perut aku ni dah cam 38 wks dah.. besar n terik.. Ye lah doc kata air ketuban lebihkan.. Bila aku berjalan je aku rasa perut aku cam nak jatuh je.. (leh lak camtu ek) so all the time aku akan peganglah bawah perut. Tapi kalau gi shopping complex orang dok tgk2 perut aku.. eiii sibuk jee.. Kalau duk bersila, nak bangun mesti mintak tlg papa tarikkan tangan kalau tak alamat 10 minit lah aku  ke kiri ke kanan nak bangun.. Amira offer nak angkat aku.. takpelah nakkk nanti ngan ko sekali tergolekkk...


Ohh masamnyer muka..

haa dah senyum sikit.. ooh padatnya mukaku



Next cek up aku next week 7hb, pastu cuti rayee!! ehhehe. Tapi doc kata jgn travel jauh. Abih camno aku nak blik somban? Jgn beranak kat seremban sudah... kekeke.. gelak2 gak.. takut ni weh..

Wahh pagi ni setelah dimaklumkan kawan cek online bank, RM500 sudah masyukk.. alhamdulillah...


Sunday, August 29, 2010

Jom shopping

Sabtu lepas, saje gi ou cari kasut raya amira. Tapi cam hampeh giler ramai orang. Kasut byk juga pilihan sampai anak dara ni kabur mata tak tau nak pilih last2 dia penat agaknya buat perangai. Melalak! last2 tak beli pun. Yang beli 2 helai baju papa kat East India ada 50%. Belilah kemeja T dua helai.. Yang si amira nak pujuk dia gi beli eskrim mcd. Oh ya sempat gak tukar gelang emas dia kat pohkong. Emas sekarang 1 gram rm14+  berapa ntah aku pun tak ingat.. mahal dee...


*APSAL AKU TAKLEH NAK UPLOAD GAMBARR NIII???? TENSIONNN..*

Haaa dah leh masuk gamba tapi masalahnyerr sekarang, aku kena kecikkan size gambar dulu.. Apehal ntah.. satu keje lak nak kecik2 kan gamba.. Ada yg gamba dah pecah2.. adoi tensi tensi...


Bila time jalan pandai pakai kasut sendiri..



Owh.. mama yang comel..

Ngan mama...  *gamba ni takleh nak large*


Ngan papa..


Haa.. ni baru lepas melalak.. sumbat sekerim baru senyap..



 
Masa ni dia tgh angin taknak amik gambar..



Tu jelah gamba yg amik aritu.. tgh2 orang ramai masa shopping tak kose mak nak kuarkan camera u ollss...

Thursday, August 26, 2010

Doctor kecik

Semalam pas buka pose kat secret receipe kat umah tu, singgahlah kat kedai serbanika kat area situ jugak.



Sajala jalan2 kat kedai tu.. ater kedai tu barang2 murah. Then amira grab satu mainan dokter-dokter..



Helo-helo..







Pastu dia sebuk tanya aku... "mama mcmana nak main ni.." then aku cakap "Ya kena cari patientlah.. baru leh cari doc.." Pastu dia tanya sapa nak jadi patient, aku jawap sesapa pun boleh.. teddy bear pun boleh..

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

Tapi, dia lagi suka perut aku jadi patient... Sakitlah perut aku ditekan2.. doi!

Monday, August 23, 2010

mengadu..

Kepala aku sekarng ni kerap pening macam ala2 nak pitam. Napa agaknya ye.. mungkinkah disebabkan aku kerap jugak makan durian? Hmm durian jugak yang membuatkan aku memalam tido berlengaih.. peluh.

Atau aku kuat mengadap pc.. membaca info2 pregnancy, membaca blog kawan2, berfacing booking.. (hehe takde keje ke)..

Pastu dikala ini juga aku kuat hangin asyik nak marah. Amira mmg selalu kena tengking n jerit ngan aku sebab dia sekarang ni sgtlah nakal walaupun nampak pendiam. Ada je tak kena. Pastu dia jugak kuat mengamuk..

Dan aku sekarang ni aku mmg takleh nak jalan lama2.. Even tgk wayang pun aku dah restless, takleh duk lama2 sebab sakit pinggang. Nak tido pun satu hal. Pusing sana pusing sini.. Bila melentang aku rasa nak muntah n sakit pinggang. Mungkin sebab tamparan hebat perut besar ini.

Owh tak lama lagi nak raya... so persiapan raya aku adalah seperti berikut (eceh):-

Amira
1) Baju kurung            - dah ada 2 pasang
2) Kasut raya              - tak boli lagi
3) Blouse/jeans/dress - tak boli lagi

Papa
1) Baju melayu       - done
2) Songkok             - pakai yang lama je
3) Samping             - pinjam abah punya je

Mama
1) Baju kurung        - celah mana ko nak sarung? badan mcm kapal cruise..
2) Kasut raya          - sila pakai bata comfort 0" inch yg sedia ada. (asoh gi pasar  
                                  pun bergaya okeh)
3) Brg make up       - muka dah padat/ketat ada hati nak solek2.. tak payah!!


Kuih raya
1) Kuih semperit   - done!! 5 balang.. (untuk mertua, mama, ex mertua dan untuk 
                                aku 2 balang..ehem)
2) Cookis coklat   - done! sebalang je..
3) Kuih tart           - done 2 balang


Owh tu saja luahan tak puas hati kali ni... Daaaa...

Sunday, August 22, 2010

Entry bergambar hehe... *Finally*

Hi u ollss..

Ok minggu ni akak dah 31 weeks.. Nak tgk gambar tak u olls?? Ater semalam baru jumpa cabel camera ni kan.. Dgn gigih papa mencari cabel yang hilang berabad lamanyaa....Akhirnya beberapa pics dapat di gedikkan pagi tadi... tapi jgn ada yg tersedak pagi2 ni tgk tumbersaran akakkk dek nonn...



Okeh ni pagi tadi siap2 nak gi keje.. muka ngantuk ekk??

Gambar ini adalah tidak menjadi akibat aku yg tak reti nak padam flash.. *mengong*


Ini dalam kereta tgh traffic light..



Owhh focus pada perut.. still tak kena stering  so still can drive u olls.. Akak kan independent women..


Ha.. nak tgk tak puteri ayu yang sedap membongkang tido petang semalam dikala mak dia terkangkang kepanasan dalam rumah?

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^




Ooo sedapnya tido..



Thursday, August 12, 2010

Marilah berpuasa

Selamat berpuasa semua.. walaupun dah masuk 2 hari ek kita pose..

Aku 1 ramadhan succesfull pose.. 2nd ramadhan hancusss ..hehe.. perut terik wehhh.. tak tahan.. harini 3rd pose, aku akan gagahkan jua. Cuma yang peliknya time pose perut kosong ni, tersangatlah aktifnya baby ni menendang. Adoi.. mak ko ni dah la lapa.. jgnlah tendang kuat2 sgt yang oiii....

Bila pose ni aku rasa badan aku ringan sikit (ringanlah sangat) hehe.. tapi bila time berbuka amik ko.. senak. Dah tu minum cincau aiss tak ingat. Makan sesuap pastu teguk air sudahnya perut kembung dek air...

Gi bazar lak, aku rasa nak tumbang. Laki aku pun rasa nak tumbang, punyalah ramai manusia..

Tapi bila ramadhan menjelang mmg kita rasa seronokkan?? pastu rayeeeee!!.. aku mmg takdo baju raye lah kan..pakai jubahlah no.. hmm..

Sahur kali ni, aku just makan nestum ngan biskut. Oklah kot dari tak bangun makan. Bangun sahur kul 4.30 makan laju2 sebab nak tido balik. Konon dapatlah lelap.. hampeh mata tak leh tido.. Amira time org bangun sahur, dia dengkur baekkk punya..

Semalam berbuka aku masakkan ikan bilis goreng cili api ngan telo dadar je.. perangat rendang daging mil bagi haritu.. Sib laki aku tak cerewet.. hehhe.. arini dia ajak berbuka kat mamak kat umah.. adake nak berbuka kat mamak.. Tak tau lah nak mkn apa..

Ok uollss.. selamat pose.. ^^

Sunday, August 8, 2010

29 weeks

29 weeks..

Minggu ni kandungan aku dah 29 weeks aka masuk 8 bulan. Hanya tinggal beberapa 1 bulan lebih untuk baby keluar melihat dunia, dan harap semuanya selamat.

Amira pun hari2 dok cium perut aku. Tanya bila baby nak kuar, nak main ngan baby. Kat rumah tu dia ada 2 basikal. Yg kecik punya dia kata nak bagi baby.. so sweetkan..Pastu, nak tido sekatil ngan baby (tido pusing 180 darjah ada hati nak tido ngan baby)...

Sabtu lepas proses mengemas umah, mop lantai giler berabuk mcm rumah tinggal takde penghuni.. Basuh baju2 baby yang baru dibeli.. Nampak cam sikit je baju.. bila sidai amik kooooo byk lerrrrr jugak...

Ahad (semalam).. telah berjaya mengpack barang2 baby dalam beg..cepat sangat ke ek? ala lantaklah.. sebab aku rasa dah mcm nak beranak dah ni... hehe.. cuma beg barang aku je tak siap lagi.. Ala bawak towel je ngan kain batik ngan pad..

Bengkung ngan barut disponser oleh adik ipar aku.. (syukur)

Kalau orang tanya perasaan aku dan persediaan aku untuk bersalin.. aku tak tau nak jawap apa.. Takut? mmg aku takut.. takut sakit.. Mmglah beranak sakit ek? Tapi aku harap semua berjalan lancar..

Aku juga takut kalau2 aku tak dapat kuruskan badan selepas bersalin... wawaaawa..

Minggu depan check up lagi... huh..

Tuesday, August 3, 2010

result darah

Semalam aku cuti gi cek up lagi.. Hari isninkan amik darah, so semalam nak tgk resultlah kan.. alhamdulillah aku takde kencing manis.. Tapi hari isnin aritu kena minum air gula..aku ni mmg kuat manis tp air gula tu bergelen2 gula apa misi letak, gilerrr maniss... Telan sekali cam ok leh layan air ni.. ... telan ketiga halamak...dah rasa nak muntah.. budget leh sekali teguk dah abis 1 mug tu.. kekek...adalah 5 minit aku nak abiskan...

Air ketuban mmg doc kata lebih sikit tp tak merbahayakan baby. Oh ya hari ahad lepas aku ada scan 3D kat pusrawi hosp kota damansara. Tapi cd yang patut diorang bagi dah abis..kena tunggu minggu ni nak dapatkan cd.. nanti aku tempek gamba 3D tu ye...

Oklah, aku nak wat keje jap... owhhh jari jemari ku dah sembab...

Semalam timbang kat spital berat aku 81kg...wakaka... ni orang ke pe..matilah nak diet..

oklah papai....

Thursday, July 29, 2010

Check up

Selasa lepas gi hosp selayng untuk check up. Giler lama tunggu, kul 9 sampai kul 2 baru dapat jumpa doc.. Dalam masa menunggu kena gi masuk seminar penyusuan susu ibu. Seronok. Dulu masa amira pernah masuk dengar, tapi dah lupo dah camne nak nyusu secara ekslusif..

Hospital Selayang ni mmg amalkan 'parenting' (betulke ayat aku ni) .. kiranya bila ko bersalin laki ko leh masuk tgk n bagi support dan lepas2 anak ko kuar, terus dia letak baby kat dada ibu.. Masa amira dulu aku terkejut gak..bogel2 dia letakkan amira kat dada aku.. terkebil2 mata dia tgk aku... syahdu u ollss masa tu.. oh ya dan ditemani arwah suami aku masa tu... Pastu misi amik bersihkan amira....

Oh ya sambung pada check up tadi.. Bila jumpa doc, terus baring dia nak scan. Kejap2 je dia dapat cari mana kepala, kaki, badan segala untuk ukuran. Tulah salah satu aku suka beranak kat hospital kerajaan sebab ada doc pakar. Pastu doc kata, baby sihat takde masalah. Masalahnya adalah perut aku besar disebabkan oleh air ketuban lebih. Air ketuban lebih?? patutlah baby dalam perut ni aktif, rupanya dia byk ruang nak gerak2.. heheh.. Doc kata air ketuban lebih ni kena hati2.. Byk keburukannya..

So, next week isnin dan selasa aku kena jumpa doc lagi. Ahad kena puasa dari kul 12 mlm. Isnin nak amik darah dan minum air gula (yurkksss) camne eh rasanya.....
Hari selasa nak jumpa doc tuk results.. Harap takde lah aku kena kencing manis ke apa2 pun...

Kawan2 doakan semua selamat ye..

Friday, July 23, 2010

Gambar scan

Salam petang semua..

Aku ada gamba scan kandungan aku untuk tatapan kawan2..

Marilah kita menjadi doc sekejap..

Ni bulan 3....kira baru2 pregnant






Yang ni bulan 5.. dah nampak bentuk kepala....




Kalau korang pandai.... agak2 baby aku ni boy ke girl???? Sila scroll
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





Ni gambar latest 2 hari lepas....Apa agaknya yg 'terpacak' kat tengah2 tu ek??? Hmmmm.... lalalalala... Boy kot.. ^-^











Thursday, July 22, 2010

mari termenung bersama saya..

.......Giler bosan.......
.......Keje takde......
......Tak sabar nak balik.......
.......Dah janji nak lepak ngan mamak ngan papa petang kang........
.......Kat sini ujan lak tu mengundang kemengantukkan aku lagi.....
.......Baby dalam perut ni taknak tido ke, tendang sana sini..........
.......Asyik rasa nak terkencing dah la toilet kena naik tangga.......
.......Kaki lenguh, nak duk bersila kat kerusi pun dah tak muat sebab montot dah     
       besar kot *haih* ..........
.......Dah tukar background baru kat blog ni, rasa cam rumah hantu lak.......
.......Harini hari gaji tapi gaji aku tak masuk lagi.....
.......Harini gak aku dapat duit kutu, tapi ada sekor dua tak bayar lagi.....
.......Bosan giler bosan....
.......Tak sabar nak balikk!!!......


Nukilan,
Pekerja Cemerlang....

Monday, July 19, 2010

Oh papa..

Tq papa sebab :--

-Tolong kemas rumah,

-Tolong basuh baju n jemur kain (lipat kain haremmmm nak tolong)

-Tolong buat tea o tuk mama  (sebab mama nak cicah ngan biskut Ping Pong)

-Tolong buat susu amira,

-Tolong gosok baju keje mama,

-Tolong mandikan amira,

-Tolong belikan breakfast mama,

-Tolong picitkan kaki mama,

-Pagi2 tolong panaskan enjin kete mama (hek eleh..)


Ha cukuplah nak UP papa kali ni.. Post kali ini adalah untuk memuji papa... Hope u like it.. But seriously thank u sebab byk tolong mama yang tak berdaya ini.. aduhhh... Love u!

27 weeks

27 weeks

Alhamdulillah kandungan dah masuk 27 minggu. (Lambatnya nak tungguuu 40 weeks.. :P )

Ohh.. baby dah SANGAT2 aktif menendang, memboxing segala sampai perut aku jadi cam apa ntah tetiba2 je leh timbul2 kat perut tuh. Tak payah ko susah2 nak pegang perut nak rasa baby gerak.. Papa pun dah leh rasa dulu heboh tak dapat rasalah apalah..

Berat aku sekarang 78kg.. berat baby tak sure lagi nanti minggu depan gi cek up. Baru 7 bulan dah 78 kg.. camne aku nak kuruskan badan neh??.. Ikutkan hati aku nak je gi klinik kat umah tu nak cek berat baby dan sex baby (for double confirmation..hehehe)

Aku pun tak larat nak jalan diri lama2 sekarang.. Tapi kaki aku alhamdulillah tak bengkak/sembab mcm masa preggy amira dulu.. atau belum lagi kot? Scretch marks lak hmmm mcm takde.. yg amiranye dulu pun tak hilang lagi..

Tapi sekarang ni aku kerap sakit perut lah...napa ye.. asyik memulas nak membuang.. dah la kat pis ni kalau nak gi toilet kena panjat tangga... takpe senang nak beranak..  ^-^

Nak update gamba wayar camera ntah memana.. adoi.. nanti kena carik gak lah...

Tata..

Sunday, July 11, 2010

I suka i tak suka..

Mari kawan2 mari baca quran... hehhe nyanyi lak lagu nasyid budak2...

Harini aku nak citer apa yg aku suka/tak suka sepanjang preggy ni..

SUKA
Makan cheese tart blubery- Kalau gi giant mesti singgah beli 2 keping..

Buah Pear- buah pear yang kecik sikit tuh.. yg ada kaler merah sikit2..

Nasi Ayam- owhh nasi ayam kat kawasan umah mmg besttt.. kalau wekend tak masak (mmg jarangggg masak sekarang) singgah ler kedai nasi ayam kat umah tuh..

Nasik lemak/meehun- makcik jual kat umah gak.. pepagi tuh kul 7 pagi mmg singgah kedai makcik ni beli.Bawak gi opis tuk breakfast.

Suka jalan2- Ha mmg suka jalan. Bukan jalan turun gi shopping mall ke apa.. just duk dalam kete then papa bawak gi round2 kl mlm2... boleh nak dikatakan EVERYDAYY okeh.. Penat mamat tu drive.. kauakauaakua... (ceh gelak jahat)

Tgk wayang - best2.. tapi takleh duk lelama dalam panggung.. sakit pinggang..

Tido- Uihhh syok weh tido.. dapat letak perut kat atas katil..heheh

Gaduh ngan mr papa- wajib hari2 gaduh.. rasa nikmat dapat gaduh.. ^-^

TAK SUKA
Masak- Eii pleasseeee... malas giler hokeh..

Kemas umah - Lagi gilerr malas.. (ala masa tak ngandung pun ko pemalas gak rina oiii)

Gi keje - Malas2 nak bgn pagii...

Tgk tv- pun tak suka jugak.. kecuali citer jalan2 cari makan.. uishh tu syok tgk..

Layan amira - alahai ... kadang2 penat doh layan amira sorang ni.. memacam la kerenah dia.. pastu kejap2 mengada2 tu tak kena ni tak kena.. last2 aku buat derkk je.. mr papa sila layan!!


Okeh tu je teringat kat pala ni .. tak sabar nak beranak ada gak nih.. tapi takut pun ada gak.. ish memacam lahhh ko ni rina... Jamu set bersalin pun tak beli lagi.. tak tau lah nak beli brand apa. Konpius...

Tuesday, July 6, 2010

berendam..

Haritu a.k.a tahun ni jugaklah, aku n family gi pd.. tapi tak upload2 gamba sebab malas.. sekali saja dok review gamba2 lama tadi, rasa nak letak kat sini bagi kawan2 tgk mcmana amira membuli papa kat pool.. hehe




Korang tgk.. mengada2 tak si amira tuh.. huh... sib baik papa rajin melayan.. ^-^

Takut beranak??

25 weeks

Owhh sekarang ni aku dilanda sintom-sintom takut nak beranak.. Asyik pikir negatif je dalam kepala otak ni.. Tapi bila baca blog2 kawan2 lain yang dah selamat, dan dapat baby comel2, tetiba terus bersemangat nak beranak.. (wahhh)..

Minggu lepas sepupu aku pun dah selamat beranak. Baby girl 2.8kg.. Yg aku tabik hormat kat dia ialah dia *tak payah jahit kat bawah*.. Perghh lega gile dia kata.. (Ceh.. pesal lak dia tak payah kena jahit kat bawah?).. tetiba konpius jap.. nak kata baby kecik tak jugak.. besar2 amira dulu.. amira 2.6kg pun aku kena jahit. Hehhee dah rezeki dia tak payah jahit..

eiii takut nak beranakk....  ^-^

Tuesday, June 15, 2010

Halloooo

Salam sejahtera semua..

Harini Rabu (16 June 2010), heh suspen je siap bgtau tarikh bagai..

Aku masih seperti dulu.. malah makin muda aku rasa dan makin cantik (lahhh.. ko ni nape rinaaa)..

Aku minta maaf sebab lama tak update.. sebab rasa takde mood.. kenapa? aku sendiri pun tak tau. Tapi aku masih seperti biasa lalui hari2 seperti biasa bersama hubby dan amira.

Sekarang ni aku sensitif sangat.. Sikit2 airmata ni deraasss je mengalir. Gaduh ngan amira pun aku leh nangis. Org cakap kasar sikit ngan aku, aku dah cembeng. Padahal aku dulula samseng.. susah nak nangis. Sekarang ni tgk kucing mati penyek kena langgar tgh jalan, mata aku dah berkaca..

Mungkin ni penangan aku pregnant. Mungkin ya mungkin tidak. Kandungan dah 20++ (aku pun tak sure bpa weeks dah....kekekke nanti2 aku konpemkan ngan doc) Aku pun tak decide nak beranak kat mana lagi..

Barang2 baby dah beli sikit2. Pampers, baju, rompers 2-3 pasang, wet tisue, lampin, losyen sabun bagai. None of them yg kaler pink. Sebab aritu doc kata mungkin aku anak aku ni boy. So, tangan aku ni automatik capai barang yg bukan kaler pink. Adakah aku terlalu awal membeli? Ni pun aku pi beli kat OU aku dah lemah2.. tak larat nak jalan lama.. main capai je barang.

Tahun ni jugak (insyallah) aku akan pindah ke rumah baru. Rumah yang dibeli oleh papa. Harap2 sebelum beranak aku leh pindah.. Tak larat lagi lah nak sewa umah bayar tiap bulan RM800 senang2 bagi orang cina duit...hehe

Oklah tu je citer buat masa ni..gamba takdo.. tapi gamba terbaru..(takdelah baru sgt, pun boleh lah ek)


si lady gaga..

si tembam+pucat lesi

Tuesday, May 25, 2010

cerita di pagi selasa

Huh... penat tul makan obimin ngan acid folic ni...... acid folic tu boleh ler di maafkan lagi pasal kecik... ni obimin bapak besar (bagi aku yg manja nak mkn ubat ni tu kira besar lah) eiiii tensi tensi... tapi takpe demi anak tercinta dalam perut ni aku telan je.. Kejadian pagi ni... aku mkn obimin n acid folic sekali masuk dalam mulut pastu teguk air pastu lamaaaaaaaaaa aku kemam pasal tekak rasa kembang nak telan... Dalam beberapa saat tu aku telan, uwekkkkkk kuar balik ubat tu.. siap air pun meleleh kuar dari mulut aku.. eiii seksa..

Aku gi cek up sabtu lepas.. alhamdulillah baby ok, berat badan aku pun naik setengah kilo (ha apa satu bulan baru naik setengah kilo??) tu lah pasal aku tak byk makan kot sekarang.. doc pun heran..

Pastu scan perut dengan doc uma... doc yang aku engage masa amira gak.. dia ala2 tua sikit lah...tapi bagus doc uma tuh.. ok back 2 story... doc tu duk kira lah ukur lilit kepala baby apa segala.. pehtu aku suruh printkan aku nak simpan scan copy. Then, gi timbang, cek air kencing... dah settle, doc tu tanya aku..'rina did i give u the scan copy?' aku jawap la, 'manada doc'... pastu dia tanya laki aku lak... ingat hilang ke apa.. rupanya printer masalah... Then, dia kata ngan aku nak scan lagi tak..Hmmmmm aku nak taknak kena lah scan balikk... (syok sebenarnya scan ni ehhehhe)... pastu dia dok ukur lilit la, cari apa ntah...godek2 punya godek... tetiba dia kata....'baby u boy...'.. Huh??? aku cam tak caya dia leh nampak sex anak aku even baru 4 bln... i was like.. ha? betul ke doc? pastu laki aku yg terer bab medical ni (ececehhhh) mengesahkan..... nampak telo...hehhehe... Aku tanya doc konpem ke.. dia kata 90% YES... owhh syukur ya allah...:) Even kalau dapat girl pun aku happy... dapat   dua2 lagi heppy... hua hua....

Dah lama nk citer ngan korang sebenarnya tapi tak berkesempatan... duk ofis baru ni sibuk sikit...

Ok ..papai... muahhhh

Thursday, May 13, 2010

Salam

Salam semuaa....

Lama giler tak update. Bukan apa.. dok tersadai kat library INTAN coz takde penempatan lagi. Giler boring...

La ni dah ada penempatan, alhamdulillah...

Tak byk pun citer menariknye.. Amira makin membesar.. perut aku pun makin membesar. Loya dah kurang, dah boleh mkn nasi. Boleh amik lauk ikan segala. Pastu kalau mkn boleh abis dah. Sekarang ni papa dok tunggu aku mkn kot2 kalau aku tak abis makan. Bila aku abis mkn kecewa dia.. huahua..

Tempat baru ok je.. Sama je semua cuma invorment, kawan2 dan bos je lain. 

Gambar2 later2 aku update. Oklah tak tau nak citer apa lah...

Bye cioww...

Monday, April 12, 2010

Bday Amira

Salam...

Apalah nak jadi aku ni.. kejap rajin kejap malas.. Oh ya kandungan dah masuk 13 minggu .. kejap je..Perut aku besar.. baby besar ke?? atau mmg dah tersimpan lemak dulu2..

Loya2 tu ada ... aku cuba tahan untuk tidak muntah.. Sebab muntah itu adalah satu penyiksaan hidup.. Selera makan pun dah kurang sekarang. Loya je 24 jam.. Berat badan turun 4 kg. Percaya tak?

Mm las week ada aku buat sikit bday party amira.. 3 tahun dah budak tu.. pejam celik je.

Minggu depan aku akan mula bertugas di INTAN, Bkt Kiara... Huh skema je aku tgk tempat tu. tapi takpe demi mencari rezeki.. kemana jua aku ditempatkan akan ku turuti (ye ke??)

Layanlah gamba masa bday party aritu..


Boboy.. my adik ipar..


Ni tgh bukak hadiah..

Kemain pelukk abg danial dia tu...


Syafiq n his mom.. (pompuan ni available lagi.. ada sapa2 berkenan? pls contact me.. heheh)

sha n nadia.. thanks for coming...

goodies...




Potong kek time.. ha gambar tunggang langgang tak susun..

Opss... ni aku tgh mkn nasi lemak tadi kat opis..(ibu mengandung takpe mkn byk kali... ha yolah..)

Thursday, March 25, 2010

$%^&*(

Herm.. what can i say.. story banyak tapi takde mood nak publish. Dan, ada ke orang baca blog aku anyway? Napa aku rasa down sgt sekarang ni??? .... *Sigh*

Wednesday, March 17, 2010

masak lagi

Sabtu lepas aku masak ikan siakap 3 rasa. (Tapi napa aku rasa 1 rasa je?) ahhh takpe abaikan janji sodap dan perut kenyang.. Goreng ikan tu garing2 baru bes..



Hiaskan dengan daun bawang dan tomato..



Kacang buncis + sotong masak kicap tuk amira


Tu je masakan kita kali ni ye ibuk2.. bersiaran lagi di lain rencana.. (apa ko cakap ni rina..)

Tuesday, March 16, 2010

Topi keselamatan kunun!

Halo-halo ketepi semua ketepi.. Ini budak kicik sekarang sudah ada helmet. Itu Papa belikan. Byk eksyen sama dia punya mama. Makanya keje dia sekarng kalau berjalan tamo nek kete. Nak nek moto je... Kalau jalan dekat2 takpe.. kalau jauh2 mau kebas kelangkang mak ko ni..



Senyum bangga




Racing time..Tinggalla mama..


Ok time untuk lap helmet. Sila amik kain buruk mak2 korang kat sinki dapo ok kawan2..


 Ye.. sila tenyeh.. pastu sila bau kain buruk tu mesti ada bau ikan..kekeek




Pastu anak aku ni kan Ratu mengamuk.. Kalau dia tak puas hati ke, gaduh ngan papa ke, ha siap helmet tu dia campak.. *pengsan*