anak gajah..

my herbalife updates chaiyorkkk!



8.3.11 - 31.3.11 = 79.3kg - 76kg = lost 3.3kg


1.4.11~ 30.4.11 =75.7kg - 76.2kg = gain 5g




9.5.11 : 76.3kg






WeLcOme..

Nak cari apa..

Sunday, May 22, 2011

adam vs kakak mira



Adam kaco kakak tido.






Gigih nak tarik rambut



Sib baik kakak ko cool time tuh. Kalau tak....wassalam.




update adam

Assalamualakum wbt..

Selamat pagi senin kawan2 semua. Harap semua ceria disamping keluarga tercinta. Dan selamat bekerja (Ko pehal rina, pagi senin skema maut? Pangggg amik ni lempang)

Maaf lah semua lama tak update. Cerita tu mmg byk, tapi tak terluahkan. Erk.

Oklah kita update pasal adam dulu ek.

Selasa lepas gi Hosp Selayang. Adam nak kena gi scan kepala. Hmm nasib budak tu tak buat perangai masa menunggu. Dia buat byk bunyi. Hehe.

Tunggu punya tunggu, tibalah time nak scan tu kan. Adam relaks lagi. Pehtu time doc pegang je kepala, amik ko.. meraung.. Doc siap pujuk2, bagi hp kat adam kot2lah adam teruja tgk hp doc tu.. tapi haremmm tak menjadik...tapi meraung tahap 2 baru tu.. Adam penah ok meraung tahap 5.. tu mmg, aku pun tak tahan nak dengar.. punyalah kuat.. Ikut mak dia kot kuat menjerit. :P

Abis scan, aku tanyalah doc kan apa result. Doc kata so far apa yang dia nampak brain adam sama besar. Aku cam.. hah? tak paham ler aku. Then doc xplain, kalau ikutkan syndrom adam ni, kebanyakkannya brain diorang akan kecil sebelah besar sebelah. Kalau terjadi kes ni, adam mungkin akan slow dari segi pemikiran, pembelajaran. Tapi doc tak pasti lagi, so dia suh adam buat MRI (scan dalam terowong) Hmmm... aku cam malas je nak buat apakejadah semua scan2 mangkuk ayun ni. Sian adam.

Tapi aku taklehlah malas nak gi follow check up untuk adamkan.. Penat tau gi balik hospital tiap2 bulan ada appointment. Aku ni simpan cuti2 aku tuk adamnye appointment je lah.. Takpelah dah nasib aku. Janji adam ok.

Besok gi hospital lagi nak scan perut adam . Yg part ni doc nak tgk kalau2 adam ada risk tuk dapat kanser. Ya Allah, jauhkanlah..

Korang doakan ye adam ok. :(


cian anak mama nih..





Wednesday, May 11, 2011

Cuti cuti mari berjimba

 Helo..helo.. testing 123.
Sory dah lama tak update bloggy ni becos im so lazzy n yet bizzy... ececeh..

Update tentang berat badan aku, dgn gembira dimaklumkan berat aku adalah NAIK.. ye tuan2 dan puan2 tiada penurunan okeh. Mak meroyan dah ni. Tapi takpe, aku salahkan diri aku sendiri jugak pasal pagi takleh mis minum nescafe. Manis tu. Apa nak jadilah ko ni rina. Anak gajah pun tak bergerak2.


Okeh lupakan pasal anak gajah. 2 minggu lepas aku ni teringin sgt nak g pantai. Lama benor dah rasanya tak hirup udara segar kat pantai. Lalu memujuklah si suami nak g bercuti. Maka sang suami pun kesian kat sang isteri maka tunailah hajat si isteri nak g bercuti. Maka gembiralah hati sang isteri. Eh. Ingat kancil ngan arnab ke nak sang-sang bagai.
Jadinya pegila PD. Tu jela pantai paling dekat dan murah dan best. Heheh.. First time juga Adam gi cuti. Siankan?

Lepak kat hotel costa rica. Oklah dah 3-4 kali gak duk sana. Aku pegi masa labour day maka semua hotel2 yg best2 dah full. Yang ni jelah tinggal. Alah, jadilah.. janji ada pantai walaupun pantai berkarat.



 
 Ni baru sampai. Amira ngan sepupu dia -anje.



 Adam relaks je..



ikan duyung



ehem





Papa kempiskan perut samolah ngan adam







 Motif tutup badan ngan towel?





Suka buat muka popeye



 Sorrylah gambar tertonggek   tunggang terbalik. Peninglah pala aku nak adjust2 susun gambar2 ni balik.. Oklah .. bye.. oppss sebelum tu .... sila scroll..


^
^
^
^
^
^
^
^
^
^



^



^



^



^



^



^



^



^








em i look blue? eceh. Wuekk muntah.







Monday, April 25, 2011

mencik..

Tuan2 dan Puan2...

Berat saya adalah dengan jayanya bertambah ke 76.8kg!!!

Ok takpe jgn emo. Hidup ini mmg umpama roda kadangkala naik kadangkala turun... tapi selalunya naik :P







Ada gamba adam n mira sikit. Layan jolah..

Monday, April 18, 2011

hi ollss

Salam semua.

Maaflah dah lama tak update blog. Agak bz la sejak 2 menjak ni. 

Amira dan Adam alhamdulillah sihat. Cuma lately Adam cam selsema n batuk2 sikit, tapi masih under control. Kesian jugakkan tgk dia. Selagi tak operate sumbing dia tu, dia mmg susah nak bernafas. Ambil byk tenaga nak bernafas. Insyallah bulan 7 ni adam akan buat minor operation.. Doakan dia selamat ye.

Amira pulak sekarang ni kuat jeles. Pantanglah aku agah2 si adam, mulalah cebek mulut mira tu. Pastu aku tegur sikit je terus nangis. Nangis kuat2 lak tu. Adam dengar orang nangis dia pun nangis. Pening pala aku. Mcmtulah ragam budak2 kan? ikut perangai aku kot. Ehem.

Dapur umah aku lak, apa ntah sumbat. Asal aku bukak air kat sinki nanti kat bawah lantai tu tetiba kuar air. Air mata air kah? Alamatnya laki aku dah warning tak bagi aku bukak air sinki lagi pasal bila air dah melimpah dia yg kena cedok bagi kering. (kah kah kah kesian) Makanya nak basuh pinggan ke apa kena basuh kat toilet. Akibatnya kat toilet aku akan ada sepah2 kulit bawang, meggi dan segala mcm.  Hangin mak okeh... Dah panggil management tadi, tak boleh buat pulak so kena panggil plumber luar. Hmm duit lagi. Mana nak korek.

Ok citer pasal opis lak. So far aku hepy keje sekarang. Kadang2 ada hepy time kadang2 ada bosan time. Tapi most of the time, GILE time.. kekeeke... Gelak sampai semput nafas... Bos2 kat sini pun ok2 semua.. Kawan2 lagiiii lah ok.. Alhamdulillah.... Yang penting, kita pandai bawak diri kita. Jangan menyombong dengan orang. Orang pun takleh menyombong ngan aku.

Ok. Nanti2 kita sambung lagi. Oh ye lupa nak citer pasal diet. Diet aku sekarang terumbang ambing. Sekian.



Tuesday, April 5, 2011

ohok

Adui. Takkan asyik 75.5kg ni??? bilalah nak dapat 70kg..

Rina, tingkatkan usaha anda!! yeah!

Sunday, April 3, 2011

Hepy bday anak mama!

Hepy bday 2 u.. hepy bday 2 amira... hepy bday 2 u.

Wah dah 4 tahun anak mama. Besar dan bertambah mengada2 anak mama ni ye.

Actually aku dah buat awal bday party mira sabtu lepas. Ramai yg datang. MIL, Wan, atok, adik2 ipar, anak2 buah yg tercinta semua datang. Alhamdulillah.

Siap amik gamba berposing, sana sini meriahlah.

Hepy ye mira aritu. Yang sedihnya, sangat2 sedihnya... huk huk.. bila aku check balik gambar dalam camera, GAMBAR DAH HILANGGGGGG!!!!

ok aku tau ni keje sapa. Mesti budak yg dah masuk 4 tahun tu. Takpe. Nanti aku mintak gambar kat adik ipar aku. Waaaargghhh sedihhhhhh!!!

Seronok mira aritu, dapat hadiah, kawan2 ramai. Mmm, harap2 anak mama ni lebih pandai berdikari lepas ni. Dah besar ni pandai2 lah jaga adik. Mira ni anak sulung.. Ada abg pun taknak mengaku ada adik.Takpelah sayang tak payah kita nak campur dengan org2 yang sombong. Janji kita sedar diri kita sapa.

Ok. nanti aku upload gambar.

Tata titi tutu.

Thursday, March 31, 2011

summarize a.k.a kesimpulan

Ok, aku dah buat kiraan untuk lost weight sebulan. Totalnyer 3.3kg. Hmm not bad uh?

Inches loose pun not that bad jugaklah. Terasalah juga ada seluar yg sedikit longgar, yang dah boleh butang. Jam tangan pun dah boleh pusing2. Aku rasa kalau aku buat exercise lagi byk kilo n inches kurang kot.

Sepanjang aku diet ni, kalau aku 'terpaksa dan kena paksa' mkn berat such as NASI, aku akan pastikan aku cover dengan minum air sebanyak yg boleh aku telan.
Hasilnya the next morning aku timbang, berat tak byk naik, dalam 4-5 gram je kot.

Hmm, tak banyak sgt yang boleh aku citer pasal diet ni, sebab baru turun 3.3kg kan? takpe kita teruskan perjuangan!

Cuma yang aku tgk, kat lengan memang susah nak kurang inches. Apahal eh? no no no aku bukan bekas pemain rugby okehhh...

Tu je aku leh citer pasal diet aku tuk bulan Mac. Harap2 april akan menampakkan cahaya untuk kurus. Eceh.


Ok darlingss bye...

Tuesday, March 29, 2011

ahak ahak

Yeyyyy!! berat turun balikkkk... yabedabeduhhh.

Sunday, March 27, 2011

minggu "hilang"

Jeng jeng jeng..

Suspenkan title. Tapi memang betul minggu lepas adalah minggu hilang bagi aku n laki aku.

Aku hilang :- Lesen memandu, kad atm
Laki aku    :- Pas keje


Jeng jeng jeng..

Hari  jumaat lepas aku nak amik ubat kat klinik. Nak kuarkan ic, tetiba cam pelik sebab cam kurang 1 kad. OMG, WTF!! driving lesen aku ilanggggg... gila gila.
Terus msg laki aku.


Aku : Pa,  driving lesen ma hilanglahh.. macamana ni..

Laki  mak : Gi balai report.

Aku : ArgghHHHH!!!


Ok fine. Pale otak aku dah bayangkan polis nak sound aku ke, marah aku ke pasal lesen ilang kan. Aku pun malaasssss nak gi balai. Takpe pas gi klinik aku balik umah, makan coklat lagi.

Keesokan harinya, seawal kul 10 pagi aku dah mandi (selalu time cuti aku mandi petang2 sikit. Dah agak2 ketiak bau tak boleh blah baru aku mandi :P) Aku pun bersiap nak gi balai. Dalam masa tunggu lif tu aku terpikir, apakata aku selongkar dulu kete aku cari. Sampai kat kete terus bukak pintu, automatik aku tonggeng tgk bawah kerusi passenger. HAHHHH.. amin. Elok je ko duk bawah kusi tu....

Maka, lesen aku telah jumpaaaaaa... yeyyyyy... Ok abis satu bab.

Petang tu, aku gi umah MIL. Pastu on d way balik, singgah shell nak amik duit. Dah tekan2 nombor2 apa yg patut, tunggu lah duit kuar bagai tunggu kucing bertanduk. Alih2 yang kuar resit. Eihhhh cilabai tul. Pastu KAD AKU TAK KUARRRRR!! Eiiiiiiii malaun.

Terus kol centre, bla bla bla apa mangkuk kejadah semua, pagi ni aku gi bank settlekan. Kena bayar RM12 tuk kad baru. Pala otak tul. Eh salah aku ke. Takpe bayar je. So settle.

Oh ye malam semalam cari buku bank pasal pagi ni nak pergi bank kan.. Cari ni mcm orang gile. Semua beg aku geledah. Kabinet semua aku bukak, sampul surat segalanya lah aku slongkar. Lagi gile. Tak jumpa pulak. Alamakkkkk takkan buku bank pun hilangggggg.. Aku meroyan jap. Pastu tetiba laki mak sengih2 mcm kerang busuk tak cukup masak. Dia campak something kat muka aku yg tgh blur duk atas lantai ngan beg bersepah2.. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaarghhhhh laki aku sorokkan buku bank tuhhhh... Ala2 bucuk papa ni main sorok2 ngan mama ye.. eiii bodoss...

Ok settle dah buku bank tu.. Pastu WahakahahakahahHGrhghghhhhhh... Gelak dulu..

Laki aku ngadu pas keje dia ilang.. Wkakakahahaahhghghghahahahh.. Sumpahhhh mama tak sorokkan paaaaaaa....... (muka evil)

OK. sekian... Wakahahhaahkahhaa.



Pengajaran: Jgn buat aniaya kat bini.

Cik P melanda

Aku adalah stress.

Rasa nak makan pokok. Cik P datang lagi. Sebulan datang 2 kali. Apa kejadah. Akibatnya aku nak mkn coklat setiap jam. Dan akibatnya berat naik balik. Jangan salahkan water retention. Salahkan coklat cadbury.

Menyucuk2 sakitnye... Huk huk.. help me..

Tuesday, March 22, 2011

Yessss!!

Gua suka gua suka.

Giler eh. Bukan apa aku sukaaaa sgt sebab ticker aku bergerak. Dah tunjuk angka '5' dah tu.. Bukan 5++ kilo tapi 75kg.. atlis ada lah angka 5 tu kan.. Huh.. payah nak menten tuh.. ok kang sambung balik.

Monday, March 21, 2011

Bla bla bla..

Bosan. Bosan. Bosan.

Dalam kepala ni banyak nak citer tapi takde mood nak type. Napa eh..

Tadi makan mee goreng. Minum air kosong. Sebelum diet ni aku suka makan ngan minum nes tarik. Gila banyak kalorikan.. Bagi yang kurus2 tu bolehlah makan manis2 tapi awas jangan sangka kurus tiada kolestrol ye makcik.

Sometimes, aku rasa sedih. Rasa sunyi. Kalau kat opis ni dok pikir apalah anak2 aku tgh buat. Tengah nangis ke si adam tu, makan ke tidak si mira tu.. Ntahlah tak senang dibuatnya. Mcmnilah hati ibu kan. Teringat kat ibu kita.

Itulah putaran waktu. Kadang2 kita di atas, jap lagi kita kat bawah. Manusia. Mana pernah puas (eh tetiba). Yerlah betullah aku cakap. Aku ikhlas nak kawan ngan orang tu, tapi rupanya dia hyppo krittt... hauahuahuauha... (ok rina sudah. Jgn start mulut jahat.) Ok. Dem.

Aku ni simple je. Orang nak kawan ngan aku, lagi aku suka. Taklah orang kata KERA SUMBANG kan? Orang mintak tolong selagi daya aku akan tolong. Senang je nak kawan ngan aku ni. Tapi kalau mulut ko pun mcm jamban, takleh nak wat pe lah. Aku pun surrender lah nak kawan ngan ko. Ok dah start emo disini. Semoga Allah ampunkan dosa aku...

Itulah. Hmm.. Ingat nak update gamba masa gi birthday anak buah aku si danial aritu kat U-Bowl Ou. Aku check2 dalam camera, dah hilang. Ni mesti keje amira.

Semalam aku dapat voucher dominos. Beli 1 dapat 1 percuma pizza . Giler ah. Dia tak tau ke aku tgh diet. :P

Thursday, March 17, 2011

shortform.. eh short note..

MOning..

Ok aku kena update cepat2 ni pasal kena jaga pendaftaran. Berat aku naik arini pasal semalam aku melantak mehun, kuih2 manis, mee goreng dan malam semalam sebelum tido aku cekik nasik lauk asam pedas kat umah MIL aku. Tu pasal aku nak elak gi umah MIL aku.. Asikklah dia suh aku makan..

Nanti2 kita sembang lagi. Nak gi dah ni jadi kuli. Aku kan kuli. ok bye.

Tuesday, March 15, 2011

HKL n diet.

Semalam gi HKL. Adoi takde parking. Hangin tul ngan HKL ni.

Ok lupakan parking. Pasal adam lak. Alhamdulillah adam dah naik berat ke 6kg. Doc kata dia sihat. Cuma bulan 6 kena datang untuk scan perut.

Doc cakap syndrom ni pertumbuhan/pembesaran adam akan normal. CUMA adam akan oversize. Ala kiranya cam size2 orang US tu lah. Takpelah.

Cuma risiko syndrom ni, adalah kanser. Kanser dalam perut. Contohnya kanser hati ke, usus ke dan apa2 je lah dalam perut. Tu pasal doc suh scan bulan 6 nanti. Harap2 takdelah. Aku dah serik lah dengar kanser2 ni.

Overall doc kata adam sihat. Alhamdulillah....

Okies citer pasal diet aku lak. Yes.. berat aku turun lagi. Alhamdulillah. Semalam lunch aku bantai nasi ayam kukus ko... Malam lak MIL aku suh makan nasi lauk ayam merah. Aduh. Pebret. Takkan aku nak tolak. Makan aku pun pelahap bagai kucing meratah tulang ikan....

Akibatnya, aku paksakan diriku minum 1 ltr air. Dah akibat kedua, aku kencing2 malam mcm masa ngndung tu. Haih.

YANG BESTNYA pagi tadi timbang berat turun lagi. Tak naik. Walau dah cekik nasi semalam.

Makanya harini aku serius diet balik :P

Ok, kita tgk pagi sok turun tak lagi berat aku.

Bye

Sunday, March 13, 2011

hehehehheheh

Nikah datuk ‘kacak’

Oleh Fuad Hadinata Yaacob
hadinata@hmetro.com.my
 
 
KULIM: Menggunakan umpan tersalah mendail nombor telefon, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun melalui detik mencemaskan apabila mendakwa dinikahkan dengan pemilik nombor telefon berkenaan dalam tempoh perkenalan hanya kira-kira lima bulan.
Lebih mengejutkan, ‘suami’ yang mendakwa lelaki kacak berusia 30 tahun dan bekerja sebagai pegawai bank itu seorang datuk berusia 63 tahun yang juga penoreh getah.

Bagaimanapun, remaja itu yang bekerja di sebuah pasar raya, dekat sini, ‘bernasib baik’ kerana ketika dinikahkan kononnya di sebuah pejabat agama di Thailand, dia dalam keadaan ‘uzur’ menyebabkan suaminya terpaksa menyimpan hajat menjamah tubuh gadis itu untuk sementara waktu.

Begitupun, selepas empat hari bernikah, remaja terbabit menyatakan hasrat berpisah dengan suaminya sebelum membuat laporan polis dan jabatan agama.

Ketika mendedahkan pengalamannya, remaja yang mahu dikenali sebagai Lis berkata, dia berkenalan dengan warga emas terbabit Oktober lalu apabila lelaki itu mendakwa tersilap mendial nombor telefonnya.

Bermula saat itu, katanya, lelaki terbabit kerap menghantar SMS serta berbual dengannya walaupun mereka tidak pernah berjumpa.


Menurutnya, sejak berkenalan, lelaki itu kerap menambah nilai kredit telefon bimbitnya selain memasukkan wang ke akaun adiknya untuk kegunaan termasuk membeli-belah.

“Dia kerap tambah nilai telefon saya selain memasukkan wang ke dalam akaun adik untuk kegunaan saya dan memberitahu dia berusia 30-an, masih bujang dan bekerja sebagai pegawai bank.

“Beberapa minggu lalu, kami membuat keputusan untuk berjumpa di stesen bas dekat sini. Sebaik saya tiba, lelaki itu bersama rakannya membawa saya ke Thailand untuk bernikah,” katanya.

Lis berkata, selepas empat hari bernikah dia berasa tidak sedap hati sebelum meluahkan hasrat tidak puas hati terhadap perkahwinannya dan minta berpisah.

“Saya bingung bagaimana proses pernikahan itu berlaku dan kerana tidak puas hati saya membuat laporan di Balai Polis Kulim kerana rasa tertipu dan mungkin dipukau,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Kulim pada 7 Mac lalu.

Sementara itu, lelaki terbabit yang enggan dikenali berkata, dia tertarik dengan remaja itu yang pandai mengambil hati selain suka mendengar suaranya.

Menurutnya, sepanjang proses pernikahan dengan remaja itu, tidak berlaku sebarang paksaan, malah semua dokumen berkaitan ada dalam simpanannya.

“Saya menikahinya di Thailand dan memiliki semua dokumen yang diperlukan, malah ketika bernikah tidak berlaku sebarang paksaan. “Sejak menikahinya kami tidak pernah bersama kerana dia datang bulan,” katanya.

Warga emas itu berkata, dia mempunyai anak berusia tujuh bulan hingga 30 tahun dan remaja itu isteri keduanya.

Menurutnya, dia sudah bernikah empat kali, tetapi tidak kekal lama dan bercerai.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, berkata pihaknya menyerahkan kepada Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) untuk memastikan kesahihan status perkahwinan pasangan itu.

 (Petikan metro)



Komen aku ~ KAH KAH KAH KAH. Jangan terpedaya dengan lelaki 'kaya'. Baru umur 18 tahun dah gatal nak kawin. Itu saja. Bye.

citer diet

Ok kita citer pasal diet aku. Nak baca tak? taknak baca gi berambus. Hehe.

Aku beli Herbalife(hl) isnin lepas. Kiranya dah seminggu la kan? Hari pertama amik still ada cheating mkn nasilah, coklatlah etc. Then hari kedua baru sedar aku dah spend much2 money tuk beli hl ni so aku kena displin. 

Ok, hari kedua aku dah tahan nafsu mkn yang bukan2. Aku amik hl sahaja. Lunch aku mkn sup2. Nasi aku tak amik. Air aku pastikan 3 liter sehari aku abiskan. Memang mula2 rasa cam nak termuntahkan minum air byk, tapi sekarang alhamdulillah aku suka.

Pastu aku start timbang. Seperti yg korang tgk kat list kg aku kat atas. Nampak tak? nampak ke takkk? oo ok aku takleh dengar korang jawap.

Aku sangat2 terkejut tenuk bila tgk berat badan aku turun. Setiap hari akan turun kg/gram. Dari situ aku makin bersemangat. Coach aku cakap (ceh dah ada coach sekarang beb) aku berat air. Tu pasal senang turun. Nanti bila air ko dah stabil, ko akan susah sikit nak turun kg, ini akan memaksa ko untuk mengangkang   workout selalu. Sekarang ni aku balik keje, aku akan buat streching (betul tak aku eja? maklumlah aku ni tak blaja tinggi.. :P)

Ok. Hari ketiga aku dah mula measure body. Aku bezakan pada hari keempat. Amazing. Ada yang kurang 2-4cm. Byk tu.  Spender Seluar aku pakai pun boleh rasa loose.

Skarang aku akan teruskan diet seimbang aku. Kita sama2 tgk perubahannya.. *yipee* (kawan2 bagi sokongan ok! chaiyorkkk!)

p/s - actually aku start nak diet secara serius bila aku rasa aku pakai baju mcm balut nangka ranum. Ada satu baju aku pakai bila time nak bukak bunyi kraccckkk..   koyak. Aku tension.

2 be continue.. :)

Lady in pink??

Heh heh... Nama pun takde keje wekend aritukan.. Maka aku meng 'edit' anak bongsu aku yang sorang ni..












Time ni nak mandi



Owhh.. kakak baru bangun tido




Aku ni tgh sakit tekak ni. Adoi time nak telan je rasa cam mencucuk2 kat anak tekak. Memang bengkak pun. Sabtu lepas panas badan aku. Aku baring jelah. Tak larat nak kemas umah.

Esok, adam kena gi check up kat HKL pulak. Sianla anak mama ni. Sebulan aku rasa mau 3-4 kali check up. IJN, HKL, Selayang Hospital... memang tak boleh lari lah.. Takpelah sayang, for ur own sake..


*muah muah*

Thursday, March 10, 2011

Tolong gua..

Mata gua dah takleh nak bukak ni.

Makin lama makin kelam. Terbayang2 bantal busuk kat umah. Alangkah bahgianya kalau dapat peluk n gesel idung kat bantal busuk.

Kat luar tu mendung je la pulak. Menambahkan mamai aku ni.

Nak kata tak cukup tido mlm tadi takde la pulak. Taulah malam jumaat, tapi aku tak buat apa2 pun ngan laki aku. Gesel2 jauh sekali. Sumpah.

Tak sabar nak tido.

Dapnye tido... zzzz..

Tuesday, March 8, 2011

adam di IJN

Moning ollss,

Semalam aku gi cek up adam kat IJN. Alhamdulillah doc kata ada sedikit selaput cecair kat jantung dia, tapi tak membimbangkan. Syukur.. Tahun depan check lagi.

Adalah dalam 5 jam bertapa dalam IJN. Huh. Nasib adam tak buat hal. Baik anak mama ni.

Timbang semalam alhamdulillah dah naik. 5.8kg. Mana taknye aku duk bagi dia Nestum. Aku blendlah dulu. Campur ngan susu. Actually masa mula2 tu aku suap dia nestum pejal tu tak blend pun. Sekali ambik ko tersedak2 budak tu. Wawawa. Kejam mak ko.

Settle je semua, laju2 gi keta pasal perut dah lapo. Sekali tgk kete kena clam. Cinabai tul. Pas laki aku slow talk ngan guard tu, alhamdulillah lepas. Guard tu pun sian tgk adam masa tu dah jerit2 meraung. Then, shoot anta adam kat gombak then laju2 gi kenny roges kat setapak.

Aku makan tak abis pun. Papa abiskan. Burppp konyang...



Pakai stokin kait. Sorry papa, tak muat masuk kepala. *dengki*


*buekk*


hohoho.. masa ni nak nyanyi dah




adam mcm taknak bgun dari scaler tuh. Dan owhh, kaki dia agak terjulur keluar ye..


Mama nye. Makan tak abis pun.


Papa nye.



Dalam banyak2 pic, aku paling suka yang bawah ni. Nampak sangat tenang tgk pic ni. Antara bapak dan anak. Macam paham je dengar apa papa dia cakap. Sweetkan.. *nangis*





ok.. tata.

Sunday, March 6, 2011

Introducing my Adam

Sekarang ni baru berkesempatan nak tempek gambar adam. Layan jelah ye. Oh ya, bagi yang terlepas pandang post aku sebelum ni, anak aku si adam ni doctor suspect dia ada Beckwith Wideman Syndrom. Sesapa tak paham sila search google. Terima kasih kepada kengkawan yang bagi full support pada aku n adam. Pada yang mengutuk/hina/caci, pegi JAHANAM.


tido anak mama nih



im a big boy.. (sila abaikan 'belon' kat belakang tuh)


Cakkk..



Nak meraung lah tu...



Aku kirakan... adam ni tergolong dalam kanak2 istimewa. Aku redha. Bukan senangkan kita nak dapat anak istimewa. Apapun, budak cinonet ni menambahkan lagi kebahagian dalam family aku. Adam dah 4 bulan sekarang. Dah pandai senyum dan malu2 kalau kita agah dia. love u baby. Kawan2 doakan kesihatan adam ye.

Ohh.. tak adil la kalau takde gambar kakak dia.. dah lama aku tak tempek gambar mirakan.. so layan.. Sila tahan dengan gambar2 gedik budak ni ye..


 
ha.. budget comel la tu..



halamak..


ngan mama comel..


gedik tak..


cayang adik tangan2 kan.. ye kan mira..





Perkenalkan bibik baru aku.. wakakaka .... lariii.. (sori gambar agak blur sebab budak gedik yang ambik)



Inilah gambar family aku yang aku sayang.. Sila jangan kutuk ye. Nanti tuhan marah.

Sekian.

Tata.

Hadih di pagi senin..

Pagi senin. Owh amat boring. Amat bosan.

Subuh tadi tgk amira syok tido lagi, kesian pulak aku nak kejut dia. Tapi kalau aku tak kejut dia, samada aku lambat pergi keje, ataupun aku bakal tido balik.

Nak taknak kejutkan jugak.

Then, bawak kete laju2 drop mira kat umah wan dia, laju2 aku ikut penchala. Sib petang semalam dah topup Touch n Go kat shell. Rm 50 melayang.

Sesampai di opis, beli nescafe n mehun. Memandangkan harini adalah hari terakhir aku breakfast dengan kolestrol yang tinggi, kerana besok aku akan start dengan pemakanan yang sihat. Petang ini stok herbalife akan sampai. *yipee*

Kemudian dengan tiba2 seorang nenek  kawan opis aku yang agak berumur panggil aku datang kat meja dia. Memandangkan dia dah tua  berumur maka aku mengikut perintahnya.

Ohh... alangkah terkejut aku dibuatnya kerana si nenek  kawan aku itu telah dengan rajinnya mengait kasut yang comel untuk adam. Aku dengan malu2 pun mengambil kasut berkenaan dengan ucapan terima kasih.....



 Siap masuk dalam plastik



Alololo... comeykan. Agak2 kalau adam pakai ada cam ppuan tak.. *hantuk pale*


Haha.. ini yang penting ni.. Dicelahan kasut ada duit? owhh sungguh misteri




Apapun terima kasih kepada cc kamina yang dengan jayanya mengait kasut comel ini. Aku sungguh terharu. Ni aku bawak balik kasut ni kang agak2 mira jeles tak.. huhuhu...

Thursday, March 3, 2011

akulah perempuan hodoh yg gemok

Stress tul..

Berat  badan aku la ni mencanak2 naiknya.. adoi sedih tul. Tengah bahagia kot. Ye memang aku tengah bahagia bersama suami dan anak2 yang kadang2 memeningkan kepala aku jugak.

Makan pun aku main hentam je sekarang. Rasa2 nak makan apa? sebut je semua akan ada depan mata aku. Mcd ke, kfc ke, domino's ke, satay ke.. Giler tul la. Tak sihat langsung cara pemakanan aku ni. Pastu kat kantin opis ni dah ada orang tebar roti canai, amik ko, selang sehari kot aku mkn roti canai. Gilek ahh..


Nyum.. nyum..





Tangkap leleh gue..


Makanya, patutkah aku start diet balik. Nafsu makan membuak2. Boleh ke aku diet. Huauahahu....  Dulu aku minum herbalife turun jugaklah berkilo2. Tapi agak mahal sikitlah produk ni. Hmmm mcmana ye.. Patut tak patut aku consume balik...



Kredit pic to my fren Pikin


 
Tapi, harganya bleh tahannnnnn lahhh... Tapi ok je kawan aku si Pikin ni jual rege kawan2 ngan aku..