anak gajah..

my herbalife updates chaiyorkkk!



8.3.11 - 31.3.11 = 79.3kg - 76kg = lost 3.3kg


1.4.11~ 30.4.11 =75.7kg - 76.2kg = gain 5g




9.5.11 : 76.3kg






WeLcOme..

Nak cari apa..

Tuesday, December 28, 2010

Ya salam..

Takde keje sgt so main2 tuka baju blog.

Harini aku sampai pis kul 730. Sampai2 opis kunci. Dem.

Nasib swap machine kat luar.

Bila pintu dah bukak, laju2 letak beg kat meja, laju2 gi kantin li breakfast. Makan meehun + paru + nes tarik. Tapau mkn kat meja. Owh heaven. Malam semalam tak mkn, cuma jamah goreng pisang jek.

Sekarang ni cuaca memang sejuk eh? Atau aku dah duk apartment ni tetiba aku rasa sejuk memanjang.

Rumah tak abis kemas lagi. Tapi sesi melipat kain baju dah 90% siap tunggu baju papa je. Biar dia lipat sendiri. Mak malas sikit nak melipat baju ni.

Dapurku, masyaallah takleh nak cakap. Kalau ada anak gajah, aku rasa muat dia nak nyorok kat blakang2 plastik2 penuh isi barang tuh. Adeh.

Tapi aku akan pastikan minggu ni aku clearwater kan umah aku yg mcm tongkah pecah.

Hmm.. apa yg aku perasan, bila aku ambik heavy breakfast mesti perut aku terberry dengan lancarnya... *senyum*

Oh ya besok Adam ada appoinment doc. Aku tak dapat teman so laki aku pegi ngan adik dia.... *sedih*

Malam tadi jugak aku ngamuk ngan Adam pasal dia susah nak tido. Aku picit2 idung dia kuat2. So dia pun melalak dengan kuat. Huauahahah.. aku suka.. giler kejam aku..

Thats all for now. Adios.


p/s : Pagi tadi aku lupa nak pakai dedorant nak cepatnye pasal. Sib baik ada spare perfume dalam kete, apa lagi sembur jgn tak sembur. Pastu baru tadi laki aku kol aku dia kata dia pun lupa pakai dedorant. Hmmm... adakah anda juga lupa pakai pewangi ketiak? *tepuk dahi*

Sunday, December 26, 2010

~akumengantuk~

Today is monday. Monday is Isnin..

Apalah aku merepek ni. Sebenarnya aku sgtlah mamai sebab sabtu n semalam sangattt sibukk pindah rumah baru.

Dan pagi tadi kete aku kena clam. Bodo. Terbang RM50. Aku tau dalam hati laki aku dia gelakkan aku sampai sesak napas. Tulah aku jugak yg keras kepala takmo dengar cakap laki. Dosa. Padan muko den.

Nanti2 sambung. Zzz.. eh tak boleh. Keje.

Wednesday, December 22, 2010

Info

Mungkin ada yang dah tahu pasal info ni. Tapi aku saja nak flushkan memory u olls... Renung2kan ye...

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan
istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya,
istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur
"Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan
"Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan
"Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut
Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah
berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia,
mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah
mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang
bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian
pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka,
kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat
Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai
"Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada
"menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun
untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh,"
kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya


Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah
hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai
kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati
dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

Good Mowning..

Mon


Salam. Selamat pagi. Dah breakfast ke korang? Harini aku sampai pis awal. Mendung je hari. Hujan lak tu. Nasib tak jem. Berapa kali ntah aku nguap masa drive..

Sampai ofis je perkara wajib buat nes o kawww dulu. Dulu sebelum bersalinkan Adam, aku tak minat sgt nes o ni.. sekarang ni dah addicted lak. Kat umah takde nescafe so terkebil2 la mata... Laki aku lak suka tea o. Boleh 1 teko tu dia abiskan.. Takpe, tea bagus untuk kesihatan..

Harini sepatutnya aku dapat kunci umah baru. Tapi SEPATUTNYA aku dapat awal disember aritu. Tapi owner gi oversea lak bercuti. Haih.. lawyer aku dah kebas telinga agaknya kena sound ngan aku suh call owner tu. Padan muka Kesian dia.

Hmm nak cat umah kaler apa eh.. pening.. apapun kita layan dulu nes o panas..




Surrpppppp.... ahHHHHHHH......




Tuesday, December 21, 2010

Tukar baju la pulak..

Ye betul kengkawan semua makcik ni nak tukarler gambar heading kat atas tu ha.. amik ko bapak besau yang keluar.. Aku pun terkejut bila click view blog tadi. Tapi takpelah, tu gambar ala2 klasik. Background lak aku tukar ala2 lampu2 yg kabur, aww romantik gitew.

Aku nak kuruskan badan lah (aik tetiba tukar topik lak)... Bukan apa ramai dah tegur aku bila aku start keje aritu. Ada yg kata,

---- 'aik, dah beranak ke lum?' (Nak je aku jawap, lum lah ada sebulan lagi nak tunggu due date.. leh tak?

---- 'aku ingat ko masuk keje slim, dah terbayang2 rina masuk ofis nanti mesti cun melecun pasal dah kurus' (Yang ni nak je aku jawap, takpela... badan aku.. beras byk kat umah aku, sayang tak mkn nanti expired..)


Apapun terima kasih diatas teguran2 kalian.. Membuatkan aku  kena gastrik  semangat nak kuruskan badan. Sekarang aku dah dapat cover makan berat. Pagi2 sampai ofis, buat air nes o panas cicah ngan biskut/roti suda...

Macamana eh nak kurus.. adeh..

Sunday, December 19, 2010

gastrik.. pergilah ko jauh2..

Harini kena gastrik lagi..
rasa nak pengsan..
nasib stok ubat ada lagi..
sms papa dia buat derk je, taulah sibuk gi putrajaya..
takpe2...
:(

Friday, December 17, 2010

Salam kembali

Salam semua.

Apakhabar semua....

Aku telahpun selamat melahirkan baby boy pada 25 Oktober 2010 pada jam 3.30 petang secara c-zer dan baby adalah seberat 3.9 kg (besar ek).. Adam Muhammady nama diberi. Nama Adam aku cari, yang Muhammady tu laki aku mintak pendapat ustaz tempat dia mengaji. Takpe aku tak kisah, janji nama Adam ada.

Pengalaman mengandung/bersalin kali ni bagi aku amat2 memeritkan. Tak tau lah nape.. mungkin sebab perut aku tersangat besar sampai aku tak larat giler nak berjalan, bangun dari duduk, tak boleh tido.. bagi aku amat terseksa dan sebab itulah juga aku diarah doc untuk minta cuti awal demi untuk kesihatan aku dan Adam. Air ketuban aku  banyak, jadi doc takut anytime leh pecah dan takut tali pusat terbelit.

Aku admit ward selama 2 minggu.. tak penah aku tenggek lama2 kat spital, giler boring. Sian kat laki aku kena berulang alik nak lawat aku. Kesian lagi si Amira. Kejap dia tido umah mami, kejap tido umah wan dia, sib dia dah big girl. Nasib juga ada laki aku yg dapat menjaga Amira yang sangat2 notty tu even dia bukanlah papa kandung Amira.. (tetiba syahdu pulak)..

Ok sambung.. Hari bersalin tu, aku tak tau kul bapa nak masuk bilik OT, so pagi tu aku mandi siap2, wangi2 pakai bedak semua... dalam kul 2 ptg camtu aku tertido.. tak lama pastu misi kejut aku cakap nak masuk bilik OT dah.. aku masa tu mamai aku angguk je... masa tu tak takut sgt pun. Pastu misi masukkan tiub tuk kencing kat tuuuttt aku .. Gilerrrr sakittttt... adoi...adoi (dalam hati). Hehe

Pastu dah tukar baju segala aku di usung ke bilik OT, pergghh masa ni giler takut. Ohya sebelum tu sempat aku kol laki aku cakap nak gi bilik OT dah.. 

Sebelum masuk bilik OT aku ditanya oleh beberapa misi for confirmation, nama aku , umur, ic no etc.. aku jawap jelah.. Then, diorang usung masuk bilik OT.. Aku rasa kalau muka aku kena toreh ngan pisau sure darah tak kuar pasal takut+sejuk+ingat nak mati..  Then aku diperkenalkan dengan doc2 pakar..

Memang betul orang kata mcm citer kat tv tu, macam emergency kes tu kan... aku tak taulah berapa puluh nurse + doc dalam bilik OT tu, aku di angkat transfer ke katil OT. Then aku kena peluk bantal membongkok sebab doc nak cucuk ubat bius.. Aku rasa ada 5 kali dia cucuk pasal tak jumpa urat apa ntah. Doc tu siap cakap aku bagus sebab tak jerit2 sakit, relakss je kena cucuk. Ada patient jerit2 mcm kena tumbuk. Aku tak kisah ko nak cucuk ko cucuk lahhhh. Tapi tuutttttttt aku yang kena masuk tiub kencing tu lagi sakit aku rasa. Ok fine, pas cucuk bius, aku baring then misi test badan aku dah kebas ke lum. Masa tu aku cam dah mamai2.

Operation pun bermula, aku rasa best je sebab tak rasa apa2 rasa warm je. Aku dengar air menitik2, misi kata tu air ketuban aku banyak dalam 3 ltr kena kuarkan.. Patutlahhh berattt masa ngandung dulu.. tak sampai 10 minit aku dengar Adam nangis. Alhamdulillah, misi tunjuk Adam kat aku, sempat aku kiss dia.

15 minit kemudian aku kena tolak masuk wad balik. Laki aku dah stanby kat luar bilik OT. Dia cakap baby masuk NICU. Im like what?? Tapi aku dah dapat agakpun sebab masa ngandung doc cakap mungkin Adam ada masalah.

Hari kedua aku gi tgk adam kat NICU, kiranya pertama kali aku nak gerak after operate, Ya Rabbi... sakit nak mam.. Aku rasa mcm perut aku kena cucuk2 ngan pisau tajam. Aku rasa mcm nak mati dah masa tu.. Nak kencing jgn cakaplah.. pedihh.. Aku rela bersalin normal dari operate.. 

Ok ni part paling aku tak suka/sedih nak cerita. Pastu aku gi bilik NICU tgk Adam. Aku tergamam. Speechless. Aku tgk napa Adam muka dia tak mcm baby normal. Tak taulah nak explain.. Doc kata Adam disyaki/posible ada syndrom. Nama syndrom tu, BECKWITH WIDEMAN. Korang pernah dengar? aku pun lagi lah tak pernah. Syndrom ni akan akibatkan Adam mungkin lemah dari segi pelajaran, etc.. So, masa tu aku DOWN giler. Dah la sakit perut dek operate tambah lagi berita yg menyedihkan. So, selama sebulan aku murung. Kawan2 call pun aku tak jawap. Ntahlah. Aku sedih. Kecewa.

Adam duk spital dalam 2 minggu lebih. Hari2 cucuk amik darah. Naik lebam tangan budak tu. Kena hantar kromosom la, air kencing la, ntah hapa2 ntah kat lab. Dan aku pun terpaksa berulang nak supply susu. Bila dah boleh balik.. im so happy. Amira lagilah suka..

Alhamdulillah, sekarang aku dah dapat terima kenyataan. Laki aku n family bagi aku support. Apapun, Adam belum confirm lagi dapat syndrom tu. Aku harap, dia normal.. Pada kawan2 jugak, aku ucapkan terima kasih atas doa kalian.

Gambar Adam nanti aku upload later ye.. Maklumlah mak baru masuk keje ni sibuk sikit...

p/s : Berat badan aku naik mendadak.. gila dow...