anak gajah..

my herbalife updates chaiyorkkk!



8.3.11 - 31.3.11 = 79.3kg - 76kg = lost 3.3kg


1.4.11~ 30.4.11 =75.7kg - 76.2kg = gain 5g




9.5.11 : 76.3kg






WeLcOme..

Nak cari apa..

Sunday, February 27, 2011

Sila baca

Harini memang aku bengang n down giler.

Bila pikir balik, patutke aku msg dia mcmtu tadi dan post blog mcmtu. Aku nak luahkan rasa hati.

Kalau difikirkan aku pedulik apa dengan dia. Tapi ada satu amanah dari arwah.
'Jangan pisahkan mira dengan syafiq dan wan atok dia.'

Amanah tu aku pegang sampai sekarang. Aku still hantar mira ke rumah ex-mil aku. Kalau tak, ada aku kesah??? Aku pun bukan hingin sgt nak antar mira kat situ. Tak sabar tunggu tahun depan hantar mira sekolah.

Aku pun rajin msg2 'dia' sekadar nak still keep in touch. Tapi yang dijawap sepatah2. Apa yang aku tanya yang itu dia jawap.. Sekarang baru aku tau. Sekarang baru aku BUKAK MATA kenapa dia mcmtu. Mungkin tak puas hati ngan aku dari dulu smp sekarang.

Memang dasar manusia tak pernah puas dengan apa yang ada. Yup, aku setuju. Tapi aku masih lagi boleh bertimbang rasa.

Pas tu aku rasa dia juga dengki yang ex-mil aku 'kesian' kat aku. Dia tak tau selama aku duk rumah tu masa hayat arwah, aku selalu gak 'kena' ngan ex-mil aku tuh.. Berapa banyak aku makan hati. Tapi aku pendam. Aku pikir arwah sakit.

Aku rasa 'kesian' ex-mil aku mungkin sebab dia pikir jugak pengorbanan aku jaga anak dia dulu. Aku rasa kalau pompuan lain dah lari, tak sanggup nak jaga. Tambah2 pompuan yang 'maintenance tinggi'. Ceh. Ko ingat ko siti nurhaliza ke apa.

Dahla taknak tambah dosa.

Pengajaran : Lainkali ko bengang ngan orang lain ko jangan babitkan aku dan family aku. Sarang tebuan jgn dijolok bak kata fasha sandha.

.Bodoh.

Memang susah nak puaskan hati semua orang.

Orang yang kita anggap dah baik ngan kita, dah 0-0 ngan kita, rupanya masih berdendam dan tak puas hati.

Atau aku yang 'bendul', percaya cakap orang.

Kalau dia asyik dok ungkit pasal nafkah arwah husband aku, what the hell?

Aku rasa aku mmg layak, pasalnya aku isteri arwah. Apalah lagi dia tak puashati?
Kata aku senang pasal ada lakilah dok condo lah, eii ada gak manusia mcmni.

Tapi dalam pandai2 dia, dia tak pernah pikir ke. Aku jaga arwah sampai akhir hayat dia, bersengkang mata dengar rungutan arwah merintih sakit-sakit, hari-hari pergi balik hospital hantar arwah pastu lari gi ofis.. KOS RAWATAN yang BERPULUH2 RIBU, aku repeat BERPULUH@ RIIIBUUUU sapa yang bayar? Ko ingat EX-MIL/EX-FIL ko ke yang bayarrr??

Semuanya aku. Nasiblah aku ni keje govermt. Dapatlah pakai GL. Kalau masa sakit dia hidup ngan ko, tak taulah mcmna ko nak bayar.

Aku cuba nak pulihkan keadaan berbaik ngan ko. Tapi perangai ko tetap mcmni. Arwah dah 2 tahun pergi, tak payahlah nak bising2 lagi.

Pengajaran bagi aku. Jangan BERBAIK ngan orang 100%. Padan muka aku.

Thursday, February 17, 2011

Bladigol..

Remaja perkosa budak 5 tahun


Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pencuri setan. Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang remaja berusia 14 tahun yang merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas menyelinap masuk ke rumah mangsa di sebuah flat di Kepong, di sini, kelmarin.



Difahamkan, suspek dipercayai masuk ke rumah itu untuk mencuri, namun berubah fikiran selepas melihat kanak-kanak itu tidur sendirian dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum merogolnya.


Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit tinggal sendirian kerana ibu bapanya berusia 30-an berniaga di bawah flat berkenaan.


Menurut sumber, sebaik menyelinap masuk ke rumah mangsa, suspek yang berkeliaran dalam kediaman itu dipercayai mencari barangan berharga kemudian melihat kanak-kanak perempuan itu tidur sebelum merogolnya.


Beliau berkata, mangsa kemudian turun menemui ibu bapanya dalam keadaan menangis kerana sakit pada kemaluannya.


“Ibunya terkejut sebaik dimaklumkan kejadian terbabit. Pemeriksaan lanjut pasangan suami isteri itu mendapati kemaluan mangsa mengalami pendarahan teruk.


“Pasangan itu segera membawa anaknya ke hospital untuk diberikan rawatan,” katanya.




Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Difahamkan, remaja terbabit diberkas polis di rumahnya yang juga berhampiran rumah mangsa dan akan direman lima hari bagi membantu siasatan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.


*Petikan dari Metro*


Komen aku. Memang sialan betul budak jantan tu. Potong je anu tu. Dah gatal sangat ke apa. Dahlah pencuri, ko jahanamkan pulak masa depan budak pompuan tu. Ntah sapalah MAK BAPAK ko. Memang malang nasib mak bapak ko tu. Budak tu 5 tahun ok, 5 TAHUN!! dah kena mcmtuh... Aku tak taulah mesti budak tu trauma.. Pengajarannya kita sebagai mak/bapak anak2 kita.. jgnlah berani2 tinggalkan anak2 kita sorang2 walau kat mana pun.. GUNA OTAK. Jgn pandai main je, tapi bodoh tak reti jaga anak.

Sekian.

Thursday, February 10, 2011

Poning kepalo mak



*kredit pic tu Napiephotography*

Adoiii pening pale mak malam tadi takleh tido.. Berdentam dentum bunyi bunga api. Dua kali dengar mcm tgh perang ada jugak. Adoi ni lah nasib duk umah atas agaknya. Mula2 layanlah jugak tgk, best je.. tapi bila dah kul 12.30 mlm pun meletup2 lagi aku dah meroyan dah. Si amira dah tido kul 1.00 pagi leh bgn selak tingkap bilik tgk bunga api. Pastu selambe tido balik. Sib aku sedar, kalau tak sure giler aku jerit tgk budak tenggek kat tingkap.

Apalah havoc sangat rayo cino ni. Sampai bunga api tak putus2. Adoi.. Tapi kalau mlm ni ada lagi bunga api leh layan lagi, takpe pasal sok cuti.. pewittt...


Wednesday, February 9, 2011

layan..

Ooo bestnya layan lagu abg nuar kita neh... 'sedetik lebih'... terlebihhh sudahhh aku dengar lagu dia ni... Mcm dizaman percintaan gitu bila layan lagu ni..



SEDETIK LEBIH


Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


****************************************



Tapi nape dia ni tak kawin2 ek.. takpelah.. Anyway syabas to abg nuar kita ni sebab lagu ni bisa mencairkan hatiku ye beku ini.. :P




Tuesday, February 8, 2011

Kening

Sepetang bersama laki aku di Watson kawasan rumah...

Aku duk usha2 eyebrow pencil. Cantiklah. Brand apa ek.. Kome ke apa.. ke Komi.. ke Kose.. alah aku lupalahhh.. Seterusnya, sila baca dialog dibawah..

Papa : Cari pe?

Aku : Pencil kening.. (masa ni aku tgh pegang2 eyebrow pencil tuh..)

Papa : Ooo... ha yang tu cantik.. berapa harga..

Aku : Yang ni? mm RM36.80 (lebih kuranglah harga dia, aku tak ingat)

Papa : hah?? mahalnya..

Aku : ala... cantiklah.. nak belilah.. (masa ni mmg aku dah amik sebatang)

Papa : Ma, mahal la ... bukan pakai selalu pun. Selalu beli barang pastu tak pakai. Membazir.. Pakai je pensil 2B ha lukislah kat kening tuh..

Aku : ???


Pengajaran : Carilah suami yang kreatif dan inovatif ye..

~da~

Monday, February 7, 2011

Menci

Cuti.cuti.cuti.

Cuti memang syok. Leh masak, kemas umah, makan, tido, gaduh main ngan anak/laki..

Tapi bagi aku cuti ni lama ni membuatkan aku tak sedar diri byk makan. Makan, makan dan makan. Sebelum tido dah pikir pagi sok nak apa. Masa breakfast lak dok pikir nak masak tghari apa. Minum petang lagi tak kira.

Peti ais kat umah tu asyik jadi mangsa aku. Kejap2 bukak nak amik coklatlah, air vitagen lah...

Makanya hasil kerja keras aku selama bercuti ni.. aku telahpun dengan jayanya menambahkan berat badan aku sebanyak 2 kg. Nak turun kg punyalah susah. Nak naik kemainnn lagi ko senang ye cik lemakkk...

Tapi takpe aku tak keciwa. Padan muka aku. Sob sob.

tata.