anak gajah..

my herbalife updates chaiyorkkk!



8.3.11 - 31.3.11 = 79.3kg - 76kg = lost 3.3kg


1.4.11~ 30.4.11 =75.7kg - 76.2kg = gain 5g




9.5.11 : 76.3kg






WeLcOme..

Nak cari apa..

Loading...

Sunday, May 22, 2011

adam vs kakak mira



Adam kaco kakak tido.






Gigih nak tarik rambut



Sib baik kakak ko cool time tuh. Kalau tak....wassalam.




update adam

Assalamualakum wbt..

Selamat pagi senin kawan2 semua. Harap semua ceria disamping keluarga tercinta. Dan selamat bekerja (Ko pehal rina, pagi senin skema maut? Pangggg amik ni lempang)

Maaf lah semua lama tak update. Cerita tu mmg byk, tapi tak terluahkan. Erk.

Oklah kita update pasal adam dulu ek.

Selasa lepas gi Hosp Selayang. Adam nak kena gi scan kepala. Hmm nasib budak tu tak buat perangai masa menunggu. Dia buat byk bunyi. Hehe.

Tunggu punya tunggu, tibalah time nak scan tu kan. Adam relaks lagi. Pehtu time doc pegang je kepala, amik ko.. meraung.. Doc siap pujuk2, bagi hp kat adam kot2lah adam teruja tgk hp doc tu.. tapi haremmm tak menjadik...tapi meraung tahap 2 baru tu.. Adam penah ok meraung tahap 5.. tu mmg, aku pun tak tahan nak dengar.. punyalah kuat.. Ikut mak dia kot kuat menjerit. :P

Abis scan, aku tanyalah doc kan apa result. Doc kata so far apa yang dia nampak brain adam sama besar. Aku cam.. hah? tak paham ler aku. Then doc xplain, kalau ikutkan syndrom adam ni, kebanyakkannya brain diorang akan kecil sebelah besar sebelah. Kalau terjadi kes ni, adam mungkin akan slow dari segi pemikiran, pembelajaran. Tapi doc tak pasti lagi, so dia suh adam buat MRI (scan dalam terowong) Hmmm... aku cam malas je nak buat apakejadah semua scan2 mangkuk ayun ni. Sian adam.

Tapi aku taklehlah malas nak gi follow check up untuk adamkan.. Penat tau gi balik hospital tiap2 bulan ada appointment. Aku ni simpan cuti2 aku tuk adamnye appointment je lah.. Takpelah dah nasib aku. Janji adam ok.

Besok gi hospital lagi nak scan perut adam . Yg part ni doc nak tgk kalau2 adam ada risk tuk dapat kanser. Ya Allah, jauhkanlah..

Korang doakan ye adam ok. :(


cian anak mama nih..





Wednesday, May 11, 2011

Cuti cuti mari berjimba

 Helo..helo.. testing 123.
Sory dah lama tak update bloggy ni becos im so lazzy n yet bizzy... ececeh..

Update tentang berat badan aku, dgn gembira dimaklumkan berat aku adalah NAIK.. ye tuan2 dan puan2 tiada penurunan okeh. Mak meroyan dah ni. Tapi takpe, aku salahkan diri aku sendiri jugak pasal pagi takleh mis minum nescafe. Manis tu. Apa nak jadilah ko ni rina. Anak gajah pun tak bergerak2.


Okeh lupakan pasal anak gajah. 2 minggu lepas aku ni teringin sgt nak g pantai. Lama benor dah rasanya tak hirup udara segar kat pantai. Lalu memujuklah si suami nak g bercuti. Maka sang suami pun kesian kat sang isteri maka tunailah hajat si isteri nak g bercuti. Maka gembiralah hati sang isteri. Eh. Ingat kancil ngan arnab ke nak sang-sang bagai.
Jadinya pegila PD. Tu jela pantai paling dekat dan murah dan best. Heheh.. First time juga Adam gi cuti. Siankan?

Lepak kat hotel costa rica. Oklah dah 3-4 kali gak duk sana. Aku pegi masa labour day maka semua hotel2 yg best2 dah full. Yang ni jelah tinggal. Alah, jadilah.. janji ada pantai walaupun pantai berkarat.



 
 Ni baru sampai. Amira ngan sepupu dia -anje.



 Adam relaks je..



ikan duyung



ehem





Papa kempiskan perut samolah ngan adam







 Motif tutup badan ngan towel?





Suka buat muka popeye



 Sorrylah gambar tertonggek   tunggang terbalik. Peninglah pala aku nak adjust2 susun gambar2 ni balik.. Oklah .. bye.. oppss sebelum tu .... sila scroll..


^
^
^
^
^
^
^
^
^
^



^



^



^



^



^



^



^



^








em i look blue? eceh. Wuekk muntah.







Monday, April 25, 2011

mencik..

Tuan2 dan Puan2...

Berat saya adalah dengan jayanya bertambah ke 76.8kg!!!

Ok takpe jgn emo. Hidup ini mmg umpama roda kadangkala naik kadangkala turun... tapi selalunya naik :P







Ada gamba adam n mira sikit. Layan jolah..

Monday, April 18, 2011

hi ollss

Salam semua.

Maaflah dah lama tak update blog. Agak bz la sejak 2 menjak ni. 

Amira dan Adam alhamdulillah sihat. Cuma lately Adam cam selsema n batuk2 sikit, tapi masih under control. Kesian jugakkan tgk dia. Selagi tak operate sumbing dia tu, dia mmg susah nak bernafas. Ambil byk tenaga nak bernafas. Insyallah bulan 7 ni adam akan buat minor operation.. Doakan dia selamat ye.

Amira pulak sekarang ni kuat jeles. Pantanglah aku agah2 si adam, mulalah cebek mulut mira tu. Pastu aku tegur sikit je terus nangis. Nangis kuat2 lak tu. Adam dengar orang nangis dia pun nangis. Pening pala aku. Mcmtulah ragam budak2 kan? ikut perangai aku kot. Ehem.

Dapur umah aku lak, apa ntah sumbat. Asal aku bukak air kat sinki nanti kat bawah lantai tu tetiba kuar air. Air mata air kah? Alamatnya laki aku dah warning tak bagi aku bukak air sinki lagi pasal bila air dah melimpah dia yg kena cedok bagi kering. (kah kah kah kesian) Makanya nak basuh pinggan ke apa kena basuh kat toilet. Akibatnya kat toilet aku akan ada sepah2 kulit bawang, meggi dan segala mcm.  Hangin mak okeh... Dah panggil management tadi, tak boleh buat pulak so kena panggil plumber luar. Hmm duit lagi. Mana nak korek.

Ok citer pasal opis lak. So far aku hepy keje sekarang. Kadang2 ada hepy time kadang2 ada bosan time. Tapi most of the time, GILE time.. kekeeke... Gelak sampai semput nafas... Bos2 kat sini pun ok2 semua.. Kawan2 lagiiii lah ok.. Alhamdulillah.... Yang penting, kita pandai bawak diri kita. Jangan menyombong dengan orang. Orang pun takleh menyombong ngan aku.

Ok. Nanti2 kita sambung lagi. Oh ye lupa nak citer pasal diet. Diet aku sekarang terumbang ambing. Sekian.



Tuesday, April 5, 2011

ohok

Adui. Takkan asyik 75.5kg ni??? bilalah nak dapat 70kg..

Rina, tingkatkan usaha anda!! yeah!

Sunday, April 3, 2011

Hepy bday anak mama!

Hepy bday 2 u.. hepy bday 2 amira... hepy bday 2 u.

Wah dah 4 tahun anak mama. Besar dan bertambah mengada2 anak mama ni ye.

Actually aku dah buat awal bday party mira sabtu lepas. Ramai yg datang. MIL, Wan, atok, adik2 ipar, anak2 buah yg tercinta semua datang. Alhamdulillah.

Siap amik gamba berposing, sana sini meriahlah.

Hepy ye mira aritu. Yang sedihnya, sangat2 sedihnya... huk huk.. bila aku check balik gambar dalam camera, GAMBAR DAH HILANGGGGGG!!!!

ok aku tau ni keje sapa. Mesti budak yg dah masuk 4 tahun tu. Takpe. Nanti aku mintak gambar kat adik ipar aku. Waaaargghhh sedihhhhhh!!!

Seronok mira aritu, dapat hadiah, kawan2 ramai. Mmm, harap2 anak mama ni lebih pandai berdikari lepas ni. Dah besar ni pandai2 lah jaga adik. Mira ni anak sulung.. Ada abg pun taknak mengaku ada adik.Takpelah sayang tak payah kita nak campur dengan org2 yang sombong. Janji kita sedar diri kita sapa.

Ok. nanti aku upload gambar.

Tata titi tutu.