anak gajah..

my herbalife updates chaiyorkkk!



8.3.11 - 31.3.11 = 79.3kg - 76kg = lost 3.3kg


1.4.11~ 30.4.11 =75.7kg - 76.2kg = gain 5g




9.5.11 : 76.3kg






WeLcOme..

Nak cari apa..

Tuesday, March 9, 2010

Transform

Alhamdulillah sekarang dah pukul 1.20 petang.. Dan aku telah kenyang makan nasik lauk ayam sambal, sayur kobis dan telur asin bersama 2 batang kacang panjang sebagai ulam kepada sambal tempoyak.. Kenyang.. syukur atas rezeki yg Kau berikan Ya Allah... Amin..

Ok.. aku nak citer sikit pasal perubahan fizikal aku yg dah nak masuk 7 minggu preg ni.. Well nothing much. Cuma sekarng aku cepat ngantuk, cepat mengah dan selera mkn berdouble2.. Inilah dinamakan hormon. Sekarang ni asal lepas kerja, balik umah je tido.. dapat je landing mana2 aku akan tido.. Pastu malam pun sekarang ni cepat tido. Kalau tak tu terkial2 mata dok kelip2 takleh tido.. Dah satu lori kambing aku kira dah pun susah nak tido.

Rasa pelik sikit ngandung sebab dah almost 3 tahunkan tak pregnant so rasa cam 'yeke aku pregnant ni'... Selagi tak scan, nampak ngan mata kepala sendiri selagi tu aku mcam memain je.. tak jaga diri, still buat keje lasak, kat opis pun still kalau jalan tu dok pinggang terlanggar2 meja, still pakai high hill, kalau tido kat umah pun masih nak tido melangkup.. tapi aku tak tau lah ada ke effect kalau ibu ngandung 2 bln tido melangkup? yela dari segi fizikalnya perut tertekankan.. Eii gile la aku ni.. takmo la tido melangkup..

Pastu bangun pagi nak pegi keje... ya salammm.. malas rasa nak mamposssss.. puasla papa kejut, ma bangun.. ma bangun... Aku buat derkkk je... Dah lambat sampai opis baru padan muka aku.

Sekarang ni walau selera mkn aku bertambah.. tapi aku takboleh makan dalam kuantiti yang banyak. Mesti aku tak abis mkn. So aku akan makan sikit2 tapi kerap. Walau mkn sikit perut rasa dah kenyang sgt dah.. Tapi after setengah jam kemudian perut lapa balik..

Lagi satu aku rasa muka aku ni rasa padattt gile.. hehe.. tembam jgn cakaplah.

Masa dapat tau preg, esoknya tu terusla kol mama aku. Dia siap pesan tak payah nak scan2 baby lagi buat masa ni.. nanti baby cair... Ha??? cairr??? ishh scary je statement tuh...

Mummy aku (Mil) pun kol aku cakap jaga diri, jaga makan.. bla bla bla.. baik bosss...Aku punya Ex-Mil pun tak penah nak concern aku mcmtu dulu.. betapa aku rasa dihargai oleh Mil aku sekarang... Love u mummy!!

Syukur Ya Allah..

Ok.. sekian tuk harini (setakat ni la) heh heh.. Papai!

2 comments:

CatlinaFly said...

ha..kena jaga diri baik2 tau, jangan lasak2...lagi satu tido telangkup org kata leh wat salur darah tersumbat n cramp nanti...better tido mengiring .kalau terlentang pun dah tak tahan kan, peyut dah maikn besar :)

rina said...

baik doc... sekarang ni mmg dah berhemah dan muhasabah diri sikit.. hehe