anak gajah..

my herbalife updates chaiyorkkk!



8.3.11 - 31.3.11 = 79.3kg - 76kg = lost 3.3kg


1.4.11~ 30.4.11 =75.7kg - 76.2kg = gain 5g




9.5.11 : 76.3kg






WeLcOme..

Nak cari apa..

Thursday, March 10, 2011

Tolong gua..

Mata gua dah takleh nak bukak ni.

Makin lama makin kelam. Terbayang2 bantal busuk kat umah. Alangkah bahgianya kalau dapat peluk n gesel idung kat bantal busuk.

Kat luar tu mendung je la pulak. Menambahkan mamai aku ni.

Nak kata tak cukup tido mlm tadi takde la pulak. Taulah malam jumaat, tapi aku tak buat apa2 pun ngan laki aku. Gesel2 jauh sekali. Sumpah.

Tak sabar nak tido.

Dapnye tido... zzzz..

Tuesday, March 8, 2011

adam di IJN

Moning ollss,

Semalam aku gi cek up adam kat IJN. Alhamdulillah doc kata ada sedikit selaput cecair kat jantung dia, tapi tak membimbangkan. Syukur.. Tahun depan check lagi.

Adalah dalam 5 jam bertapa dalam IJN. Huh. Nasib adam tak buat hal. Baik anak mama ni.

Timbang semalam alhamdulillah dah naik. 5.8kg. Mana taknye aku duk bagi dia Nestum. Aku blendlah dulu. Campur ngan susu. Actually masa mula2 tu aku suap dia nestum pejal tu tak blend pun. Sekali ambik ko tersedak2 budak tu. Wawawa. Kejam mak ko.

Settle je semua, laju2 gi keta pasal perut dah lapo. Sekali tgk kete kena clam. Cinabai tul. Pas laki aku slow talk ngan guard tu, alhamdulillah lepas. Guard tu pun sian tgk adam masa tu dah jerit2 meraung. Then, shoot anta adam kat gombak then laju2 gi kenny roges kat setapak.

Aku makan tak abis pun. Papa abiskan. Burppp konyang...



Pakai stokin kait. Sorry papa, tak muat masuk kepala. *dengki*


*buekk*


hohoho.. masa ni nak nyanyi dah




adam mcm taknak bgun dari scaler tuh. Dan owhh, kaki dia agak terjulur keluar ye..


Mama nye. Makan tak abis pun.


Papa nye.



Dalam banyak2 pic, aku paling suka yang bawah ni. Nampak sangat tenang tgk pic ni. Antara bapak dan anak. Macam paham je dengar apa papa dia cakap. Sweetkan.. *nangis*





ok.. tata.

Sunday, March 6, 2011

Introducing my Adam

Sekarang ni baru berkesempatan nak tempek gambar adam. Layan jelah ye. Oh ya, bagi yang terlepas pandang post aku sebelum ni, anak aku si adam ni doctor suspect dia ada Beckwith Wideman Syndrom. Sesapa tak paham sila search google. Terima kasih kepada kengkawan yang bagi full support pada aku n adam. Pada yang mengutuk/hina/caci, pegi JAHANAM.


tido anak mama nih



im a big boy.. (sila abaikan 'belon' kat belakang tuh)


Cakkk..



Nak meraung lah tu...



Aku kirakan... adam ni tergolong dalam kanak2 istimewa. Aku redha. Bukan senangkan kita nak dapat anak istimewa. Apapun, budak cinonet ni menambahkan lagi kebahagian dalam family aku. Adam dah 4 bulan sekarang. Dah pandai senyum dan malu2 kalau kita agah dia. love u baby. Kawan2 doakan kesihatan adam ye.

Ohh.. tak adil la kalau takde gambar kakak dia.. dah lama aku tak tempek gambar mirakan.. so layan.. Sila tahan dengan gambar2 gedik budak ni ye..


 
ha.. budget comel la tu..



halamak..


ngan mama comel..


gedik tak..


cayang adik tangan2 kan.. ye kan mira..





Perkenalkan bibik baru aku.. wakakaka .... lariii.. (sori gambar agak blur sebab budak gedik yang ambik)



Inilah gambar family aku yang aku sayang.. Sila jangan kutuk ye. Nanti tuhan marah.

Sekian.

Tata.

Hadih di pagi senin..

Pagi senin. Owh amat boring. Amat bosan.

Subuh tadi tgk amira syok tido lagi, kesian pulak aku nak kejut dia. Tapi kalau aku tak kejut dia, samada aku lambat pergi keje, ataupun aku bakal tido balik.

Nak taknak kejutkan jugak.

Then, bawak kete laju2 drop mira kat umah wan dia, laju2 aku ikut penchala. Sib petang semalam dah topup Touch n Go kat shell. Rm 50 melayang.

Sesampai di opis, beli nescafe n mehun. Memandangkan harini adalah hari terakhir aku breakfast dengan kolestrol yang tinggi, kerana besok aku akan start dengan pemakanan yang sihat. Petang ini stok herbalife akan sampai. *yipee*

Kemudian dengan tiba2 seorang nenek  kawan opis aku yang agak berumur panggil aku datang kat meja dia. Memandangkan dia dah tua  berumur maka aku mengikut perintahnya.

Ohh... alangkah terkejut aku dibuatnya kerana si nenek  kawan aku itu telah dengan rajinnya mengait kasut yang comel untuk adam. Aku dengan malu2 pun mengambil kasut berkenaan dengan ucapan terima kasih.....



 Siap masuk dalam plastik



Alololo... comeykan. Agak2 kalau adam pakai ada cam ppuan tak.. *hantuk pale*


Haha.. ini yang penting ni.. Dicelahan kasut ada duit? owhh sungguh misteri




Apapun terima kasih kepada cc kamina yang dengan jayanya mengait kasut comel ini. Aku sungguh terharu. Ni aku bawak balik kasut ni kang agak2 mira jeles tak.. huhuhu...

Thursday, March 3, 2011

akulah perempuan hodoh yg gemok

Stress tul..

Berat  badan aku la ni mencanak2 naiknya.. adoi sedih tul. Tengah bahagia kot. Ye memang aku tengah bahagia bersama suami dan anak2 yang kadang2 memeningkan kepala aku jugak.

Makan pun aku main hentam je sekarang. Rasa2 nak makan apa? sebut je semua akan ada depan mata aku. Mcd ke, kfc ke, domino's ke, satay ke.. Giler tul la. Tak sihat langsung cara pemakanan aku ni. Pastu kat kantin opis ni dah ada orang tebar roti canai, amik ko, selang sehari kot aku mkn roti canai. Gilek ahh..


Nyum.. nyum..





Tangkap leleh gue..


Makanya, patutkah aku start diet balik. Nafsu makan membuak2. Boleh ke aku diet. Huauahahu....  Dulu aku minum herbalife turun jugaklah berkilo2. Tapi agak mahal sikitlah produk ni. Hmmm mcmana ye.. Patut tak patut aku consume balik...



Kredit pic to my fren Pikin


 
Tapi, harganya bleh tahannnnnn lahhh... Tapi ok je kawan aku si Pikin ni jual rege kawan2 ngan aku..

Tuesday, March 1, 2011

Ayahanda dapat pingat lagi..




Oh ayahanda yang tercenta...

~Tahniah diatas pingat yang dianugerahkan yang ntah keberapa kali tak ingat...
~Sungguh segak ayahanda berpakai baju melayu biru disamping kekasihmu yang    sangat comel...
~Jangan lupa belanja anakanda mu ini makan tak kisah lah dinner atau lunch..
~Anakanda sentiasa jadikan ayahanda sebagai sumber inspirasi...
Cucu2 ayahanda juga sangat berbangga dengan atoknya..
~Love u!!....

I love u

Khas untuk En Jeyna @ My Hubby..




Pa...

Ma minta maaf kalau selama ni ma byk sakitkan hati pa
Ma minta maaf kalau ma tinggikan suara kat pa
Ma minta maaf kalau ma wat tak tau ngan pa
Ma minta maaf kalau ma buat kopi pa terpahit sikit
Ma minta maaf kalau pa kena basuh baju ma melambak2 dari baju pa n anak2
Ma minta maaf kalau aritu ma ejek pa jalan injut2 pasal kaki pa sakit
Ma minta maaf kalau pagi2 pa kuar nak gi keje n antar adam ma still tido lagi
Ma minta maaf kalau ma hangin pasal pa lambat reply msg2 ma
Ma minta maaf kalau ma malas nak gosok baju keje pa
Ma minta maaf kalau ma ketuk muka pa ngan bantal pasal pa tido dengkur
Ma minta maaf kalau ma sepahkan baju kotor atas lantai padahal bakul pa da sediakan
Ma minta maaf kalau ma ada baca msg pa senyap2
Ma minta maaf kalau ma hangin bila pa kena keje weekend
Ma minta maaf kalau ma tak jawap setiap kali bila pa tanya 'Ma sayang Pa tak?'  Jawapannya, Yes, ma sayang pa sangat. Ma tak reti nak tunjukkan. Kalau pa takde dalam hidup ma, im lost...


Love u. From us,

*Mama*
*Amira*
*Adam*