anak gajah..

my herbalife updates chaiyorkkk!



8.3.11 - 31.3.11 = 79.3kg - 76kg = lost 3.3kg


1.4.11~ 30.4.11 =75.7kg - 76.2kg = gain 5g




9.5.11 : 76.3kg






WeLcOme..

Nak cari apa..

Sunday, January 23, 2011

Sentap gua..

Good moning n hepy monday..

Cepat je ari senin. Rasa cam tak cukup cuti 2 hari. Wawawawa.. (tak kelakar eh) Ok, malam semalam ada cerita sadis aku nak kongsi ngan korang.

Dalam kete malam tadi otw balik ke rumah dari singgah ke bank, guardian n kedai buku. Beginilah situasinya :-

Amira : Mama, papa Aidisyahizad ada dalam kubur ke?

Aku n laki aku sentap pasal tetiba je dia cakap pasal arwah papa dia..

Aku : Yelah, papa Ya ada dalam kubur..

Amira : Napa dia duk dalam kubur?

Laki aku : Kan papa dah cakap, papa Ya dah meninggal.

Amira : Abis, mcmana nak kuarkan papa Ya?

Aku n laki aku sentap lagi..

Aku : Mana boleh kuarkan papa Ya. Diakan dah duk dalam kubur.

Amira : Ala, boleh je.. Bukak lah kain putih tu, kuarkan lah papa.

Aku n laki aku sentap lagi. Ditambah bulu roma meremang..(ni laki aku yg cakap)

Laki aku : Adoi, budak ni byk tgk citer hantu melayu ni..

Aku : Mana boleh kuarkan papa Ya dah..  (sedikit sayu disitu)

Laki aku : Papa Ya dah naik ke Syurga...

Amira : Haa.. tu papa Ya boleh kuar kubur gi Syurga.. Boleh pulak dia kuar??

Aku n laki aku : Tak tau nak jawap apa dah.

Then, terus laki aku baca al-fatihah diikuti amira. (jgn tak caya anak aku baru 3 tahun dah pandai baca al-fatihah sampai abis)


So kesimpulannya, anak2 kecik kita sekarang ni, pemikiran diorang tersangatlah maju kedepan, sgt bijak. Kita sebagai ibubapa kena pandai menjawap segala soalan yg tersimpan dalam kepala anak kita.

ok, adiosa..


p/s : Mira, walaupun papa Ya dah meninggal, tapi papa Ya tu sgt sayangkan mira masa hayat dia dulu..  ~al-fatihah~

Monday, January 17, 2011

sakit perot. adeh.

Harini hari ketiga aku period (tu pun nak bgtau eh?). Bukan apa, since aku bersalin aritu, ni baru aku period.. :) ish sakitlah perut. Terbayang2 sakit operet. Eii seram gua..

Kena minum air byk2. Jgn minum ais. Apa lagi ye pantang orang period.. :P

Thursday, January 6, 2011

.bodo.gila.sewel.

Harini dari pagi sampai ke petang aku mmg panas hati. Sangat meluat/menyampah ngan pompuan sekor ni. Buat aku hilang mood. Memang ^&(*)&(%%  betulla betina ni.

Ma tau pa akan baca blog ma. Cuba paham perasan ma sekarang ni. Ma tak suka pa visit patient ngan betina tu. Ngan betina lain silakan.

Kenapalah aku nyampah ngan pompuan kelantan.. tak taulah. Tapi kawan2 luar sana jgn terasa ye. Mama saya pun lahir kan kelantan. Tapi bukan ori kelantan lah.

Kiranya harini aku sgt2 panas hati ngan that betina n laki aku. Aku tau laki aku hanya menurut perintah tapi tlg la jaga jugak perasaan aku ni sebagai bini dia.

Aku rasa nak jumpa pompuan tu bagi satu pelempang. 2 kali pelempang ok gak. *Dush dush*

Eii gile kot aku ni.

Tuesday, December 28, 2010

Ya salam..

Takde keje sgt so main2 tuka baju blog.

Harini aku sampai pis kul 730. Sampai2 opis kunci. Dem.

Nasib swap machine kat luar.

Bila pintu dah bukak, laju2 letak beg kat meja, laju2 gi kantin li breakfast. Makan meehun + paru + nes tarik. Tapau mkn kat meja. Owh heaven. Malam semalam tak mkn, cuma jamah goreng pisang jek.

Sekarang ni cuaca memang sejuk eh? Atau aku dah duk apartment ni tetiba aku rasa sejuk memanjang.

Rumah tak abis kemas lagi. Tapi sesi melipat kain baju dah 90% siap tunggu baju papa je. Biar dia lipat sendiri. Mak malas sikit nak melipat baju ni.

Dapurku, masyaallah takleh nak cakap. Kalau ada anak gajah, aku rasa muat dia nak nyorok kat blakang2 plastik2 penuh isi barang tuh. Adeh.

Tapi aku akan pastikan minggu ni aku clearwater kan umah aku yg mcm tongkah pecah.

Hmm.. apa yg aku perasan, bila aku ambik heavy breakfast mesti perut aku terberry dengan lancarnya... *senyum*

Oh ya besok Adam ada appoinment doc. Aku tak dapat teman so laki aku pegi ngan adik dia.... *sedih*

Malam tadi jugak aku ngamuk ngan Adam pasal dia susah nak tido. Aku picit2 idung dia kuat2. So dia pun melalak dengan kuat. Huauahahah.. aku suka.. giler kejam aku..

Thats all for now. Adios.


p/s : Pagi tadi aku lupa nak pakai dedorant nak cepatnye pasal. Sib baik ada spare perfume dalam kete, apa lagi sembur jgn tak sembur. Pastu baru tadi laki aku kol aku dia kata dia pun lupa pakai dedorant. Hmmm... adakah anda juga lupa pakai pewangi ketiak? *tepuk dahi*

Sunday, December 26, 2010

~akumengantuk~

Today is monday. Monday is Isnin..

Apalah aku merepek ni. Sebenarnya aku sgtlah mamai sebab sabtu n semalam sangattt sibukk pindah rumah baru.

Dan pagi tadi kete aku kena clam. Bodo. Terbang RM50. Aku tau dalam hati laki aku dia gelakkan aku sampai sesak napas. Tulah aku jugak yg keras kepala takmo dengar cakap laki. Dosa. Padan muko den.

Nanti2 sambung. Zzz.. eh tak boleh. Keje.

Wednesday, December 22, 2010

Info

Mungkin ada yang dah tahu pasal info ni. Tapi aku saja nak flushkan memory u olls... Renung2kan ye...

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan
istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya,
istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur
"Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan
"Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan
"Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut
Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah
berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia,
mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah
mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang
bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian
pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka,
kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat
Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai
"Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada
"menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun
untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh,"
kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya


Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah
hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai
kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati
dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

Good Mowning..

Mon


Salam. Selamat pagi. Dah breakfast ke korang? Harini aku sampai pis awal. Mendung je hari. Hujan lak tu. Nasib tak jem. Berapa kali ntah aku nguap masa drive..

Sampai ofis je perkara wajib buat nes o kawww dulu. Dulu sebelum bersalinkan Adam, aku tak minat sgt nes o ni.. sekarang ni dah addicted lak. Kat umah takde nescafe so terkebil2 la mata... Laki aku lak suka tea o. Boleh 1 teko tu dia abiskan.. Takpe, tea bagus untuk kesihatan..

Harini sepatutnya aku dapat kunci umah baru. Tapi SEPATUTNYA aku dapat awal disember aritu. Tapi owner gi oversea lak bercuti. Haih.. lawyer aku dah kebas telinga agaknya kena sound ngan aku suh call owner tu. Padan muka Kesian dia.

Hmm nak cat umah kaler apa eh.. pening.. apapun kita layan dulu nes o panas..




Surrpppppp.... ahHHHHHHH......