anak gajah..

my herbalife updates chaiyorkkk!



8.3.11 - 31.3.11 = 79.3kg - 76kg = lost 3.3kg


1.4.11~ 30.4.11 =75.7kg - 76.2kg = gain 5g




9.5.11 : 76.3kg






WeLcOme..

Nak cari apa..

Sunday, February 28, 2010

Danial bday bash~~


Ni nak citer sabtu lepas gi bday bash anak adik ipar aku.. Majlis diadakan di McD Sri Damansara, kat umah aku. Mula2 maleh nak gi tapi setelah di asak oleh adik ipar aku, makanya pegi lah beli. Sempat beli hadiah t-shirt sean john tuk anak buah aku tu.. harga jgn tanya.. yg penting iklas.. awww...



Mula2 papa takmo gi malu katanya.. eii getik aku nak memalu lak. Puas pujuk takmo gak. Taknak gi sudah!! tak kose aku nak pujuk2 lagi. Aku ngan amira pun siap2 kul 8.00 kuar umah 5 minit pastu sampai dah.. (hehe dekat jek). Sesampai je aku ngan memalu salam2 lah ngan ex mil n fil aku n sedara mara arwah laki aku yang lain. Amira dah tak ingat dunia dapat jumpa clik dia gi memain kat tempat mainan tu. Aku terkebil2 ler tak tau nak buat apa maklumlah aku ni kan sombong nak mampus pemalu orangnye..

Pastu ramai tanya mana papa.. aku cakapler papa malu nak datang (padahal nak tgk bola selangor lawan apa ntah live kat tv2).. Diorang paksa suh datang gak. Last2 si azmi (laki adik ipar aku) kol ler laki aku yg pemalu tu.. haikkhh ptui... Akhirnya papa datang jugak naik motor.. Kenapa dia naik moto? pasal kete dia (auto ) aku dah bawak, then kete aku (manual) papa tak reti nak bawak... wah wah awahah...

Berlangsungnya acara mkn2, potong kek dan sesi bergambar...




Tgk mata amira, daring je pandang

amira n edylia





anak aku suka sgt mkn kek..





ala2 cayang papa (wekk..)









Family pic



Mama n sue n budak kenit











amira dan abgnye..syafiq












Bday boy, danial baju belang tu..

Dalam kul 9.30 kitorang balik dah.. Pastu amira nangis2 jerit2 takmo ikut aku balik nak ikut atokkkkk... Cantik muka ko..


Nampak sedapkan cekodok ni. Amira cakap kodok... Ni aku buat masa kat umah mak aku kat seremban. (actually mak aku bancuh siap2 aku tolong goreng je).. sila makan...






Ha ni pulak menu aku masak semalam. Aku teringin nak makan udang galah, tp cari kat pasar takdo.. siap cari kat giant pun takdo... last2 aku beli je lah udang biasa tu. Buat masak lomak cili api.. Siap sodut2 kepalo eh... walaa... Pehtu masak kangkung goreng ngan telo dadar untuk amira. Oh ye .. ngan paprik daging aku masak jumaat lepas, then aku panaskan.. heh heh..



Ni paprik daging yg dipanaskan









Itula menu aku semalam. Duk umah makan tido, makan tido.. Uii sodap eh hidup.. Pastu sian papa ankle dia sakit, bengkak... jalan pun tersengguk-sengguk...



Ohh abaikan tangan giant itu yang mengambil udang ye...

Ni amira dah start penyek2 kan nasikk...


Layu je mata amira nak abiskan nasi tuh.. eiii tak sedap ke mama masak??.. Dia makan 2-3 suap pastu minum airrr je byk.. pastu.. 'ok ya dah abis makan'.. Geram je mama tawww....Dahla.. nak wat keje.. Oh ye, sekarang ni quota aku nak masuk internet adalah 15 minit okeh.. gerammmmmm.... harus aku beli brodben... huh!!








Thursday, February 25, 2010

Alahai cadar

Haritu pegi jusco kat Alpha Angle wangsa maju nak gi abiskan duit beli cadar. Mula2 amira ok je mood dia. Pastu aku ngan papa tak ingat mcmana nak masuk kat jusco bahagian jual2 cadar ni. Dok pusinglah, turun naik eskalator tu. Agaknya amira dah bosan dan agaknya dalam hati (apalah bebal mak pak aku ni) tak lama pastu dia buat perangai. Diantara perangai yang buat aku rasa nak gigit2 telinga dia adalah.... Nampak lif nak naik lif, nak naik turun eskalator poloh2 kali, taknak jalan nak berdukung dan memacam lah yang tak kena.


Pastu dah bosan mencari, aku pun dengan tebal muka tanya kat promoter kat mana tempat tu. Ok, dekat je rupenye. Sambil2 on the way gi situ, nampaklah mainan budak2. Ala yang mcm anjing/kucing ntah apa binatang yang kecik yg budak boleh ride on. Pastu, aku cakap kat papa suh dia handle amira, aku gi larik carik cadar. Papa pun agree. Tempat cadar tu tak jauh dari tempat mainan tuh. Aku pun dengan bahagia, tenangnye memilih cadar yg murah2. Pas satu amik tak kenan letak balik, pastu amik yg lain lak. Then, ada dekat 15 minit aku dah pegang satu cadar ni, aku tgk dari jauh mcm ok cantik, bila tgk gambar preview tu, eiii cam cilanat lak. Dan masa yang sama aku tergerak hati nak pandang papa n amira.. Aku tgk papa tgh dukung amira yg tgh mcm histeria mengamuk nangis2... Aku apa lagi cuak ler terus beli je cadar yg aku pegang tu. Nasib harga rm35.00 je... Tapi cam buruk jeee... waaaaaa



Pastu amira nak naik kereta control lak. Adeh... Sib baik rm3 untuk 5 minit.


senyum kepuasan..
Dah abis main aku ingat dia dah stop la nak main .. cuba ko tgk gamba dia senyum tu.. mcm dah puas je kan.. NAN ADO.. dia nak main lagi.. aku dah ketat muka dah ni..Suh je papa dukung dia. Jadinya mcm orang curik budak. Amira siap lempang, tumbuk muka papa. Papa diam je sabar. Kalau aku, dah kena cubit2 dah budak tu.. Haih*
Ok guys, sok cuti maulidur rasul. Mari kita berselawat... selamat bercuti..

Wednesday, February 24, 2010

Family day


Ok, kita start dengan gambar2 masa pegi family day papa kat melaka. Nama tempat tu Shah Resort. Oklah tempat tu, bilik aku mengadap laut. Nice view. Tapi ado nyamuk.. makanya suka dan terujalah si nyamuk2 durjana ini mengisap darah dari kulit mak yg gebu neh..




Opss banyak benjolan disana.. sila jangan tegur..


ala2 gadis melayu terakhir





Papa jadi judge.. main isi air dalam botol pakai span..keke


Ni masa nak gi dinner. Si amira cakap baju ni aku mcm tukang masak..
Amboi kemain ye suke
Control perut lebih

Tu je gambar yg sempat aku edit masa gi sana.. Byk lagi gamba tapi takkan semua aku tempek. So pada sesapa gi melaka, boleh lah try lepak sini..

Salam

Mintak maaflah kengkawan dah lame aku tak update blog ni. Sebab dah tua2 ni otak dah tepu takde idea nak cerita apa dah..

Well aktiviti aku sempena tahun 2010 ni mmg byk ler. Nanti aku bagi gamba. Ni tgh nak longgar2kan jari jemari ku yg tembam ni untuk taip dalam blog ni..

Testing 1..2..3...